SEC Bocorkan Maklumat Peribadi Pelombong Kripto?

96

“SEC buat hal lagi, boleh buat ramai pengguna mengamuk macam ni.”

Syarikat blockchain Green kurang bernasib baik apabila Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) dilaporkan telah membocorkan nama serta alamat e-mel mining mata wang kripto dalam institusinya.

SEC dilaporkan secara tidak sengaja menyertakan 650 nama dan alamat tersebut dalam komunikasi e-mel bersama Green sebagai sebahagian daripada penyiasatan mereka.

Tindakan cuai SEC itu difahamkan mampu menjadikan nod blockchain terdedah kepada penggodaman dan ini penyebab mereka secepat mungkin menghubungi Green untuk maklumkan perkara berkenaan agar pasukannya berhati-hati.

Antara tujuan SEC ingin memperoleh informasi itu adalah untuk menghubungi pengguna Green berhubung pembelian produk daripada syarikat tersebut.

Melalui penerangan di laman web rasmi SEC, pasukannya tidak akan mendedahkan sebarang maklumat tanpa persetujuan individu tersebut dan mereka akan menyimpan semua maklumat dalam sistem rekod mengikut Akta Privasi 1974.

Meskipun begitu, kebocoran tidak disengajakan oleh pegawai kerajaan tersebut akan memberi peluang kepada penggodam yang sering kali menyasarkan exchanger kripto centralized untuk memperoleh maklumat tentang para pengguna.

Dalam pada itu, SEC telah melaksanakan beberapa tindakan keras terhadap syarikat kripto sejak tahun 2022 apabila mendakwa bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FTX, Sam Bankman-Fries (SBF) melanggar anti-penipuan undang-undang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat