SEC Dakwa Wahed Invest Promosi Dana Tak Wujud, Denda $300,000 Dikenakan!

2,627

Pelabur Wahed Invest di Malaysia pasti mandi tak basah, tidur tak lena.

Securities and Exchange Commission (SEC) telah menyaman Wahed Invest atas dakwaan membuat kenyataan yang mengelirukan dan melanggar kewajipan fidusiari serta kegagalannya mematuhi peraturan perniagaan Syariah.

SEC telah mendakwa Wahed Invest kerana melanggar Seksyen 206(2) dan 206(4) Akta Penasihat Pelaburan 1940 serta Peraturan 206(4)-1(a) dan 206(4)-7.

Menurut dakwaan SEC, Wahed Invest yang berpangkalan di New York, telah mengiklankan dana proprietari sendiri yang sebenarnya tidak wujud dari September 2018 sehingga 2019, selain turut berjanji kepada pelabur bahawa ia akan mengimbangi akaun penasihatnya secara berkala namun tidak berbuat sedemikian.

Selain itu, Wahed juga didapati melancarkan ETF proprietari pada Julai 2019, di mana ia menggunakan aset pelanggannya tanpa mendedahkan sebarang makluman kepada pelanggan.

Wahed Invest yang dikenali sebagai sebuah syarikat penasihat robo (robo-adviser), sering mempromosikan penyedia khidmat nasihat yang mematuhi undang-undang Islam (Syariah), namun ia turut didapati tidak menerima pakai atau melaksanakan dasar dan prosedur bertulis mengenai pelaksanaannya secara berterusan.

Ketua unit pengurusan aset bahagian penguatkuasa SEC, Adam S. Aderton berkata walaupun Wahed merupakan robo-adviser, ia perlu memastikan segala yang di iklankan mesti tidak mengelirukan dan sebarang maklumat perlu didedahkan kepada pelabur.

Tambah beliau lagi, Wahed juga mesti menerima pakai dan melaksanakan polisi serta prosedur bertulis yang direka secara munasabah bagi menghalang penasihat daripada menyimpang daripada proses pelaburan yang dituntutnya.

Ekoran daripada itu, Wahed Invest tanpa mengakui atau menafikan dakwaan SEC tersebut telah bersetuju dengan perintah cease-and-desist order, selain turut membayar penalti sebanyak US$300,000.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat