Sekarang Sudah Boleh Filter Video Di Youtube!

390

Google baru-baru ini telah memaparkan proses teknologi penyuntingan video yang membolehkan para pereka konten menggunakan latar belakang yang berbeza daripada latar belakang berwarna hijau.

Teknologi ini dikenali sebagai Dubbed Mobile Real-time Video Segmentation. Ia menggunkan kecerdasan buatan dan machine learning yang membolehkan pengguna menukar latar belakang video mereka semasa merekod atau secara real-time. Alat teknologi ini sedang diuji cuba untuk Youtube dan ia sangat mudah digunakan seperti kita menukar filter gambar.

Menurut google, ciptaan rekaan kami ini membolehkan pengguna mengubah latar belakang mengikut kehendak peribadi dan dalam masa sama dapat meningkatkan kualiti video tanpa bantuan alatan luar.

Feature atau ciri teknologi ini akan tersedia dalam bentuk beta dalam aplikasi Youtube namun terhad untuk konten tertentu.

Buat masa ini, kesannya belum sempurna namun ia sudah memadai untuk siri beta kerana dapat cukup membantu dalam perekaan konten video. Lagipula, teknologi ini masih dalam fasa beta, jadi kemungkinan untuk teknologi berkembang masih terbuka luas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat