Sekatan Datang Bertimpa-timpa, Ekonomi Rusia Dalam Bahaya!

23,324

Ekonomi Rusia diramalkan mengalami penguncupan drastik pada tahun ini selain turut berdepan dengan tekanan inflasi yang tinggi kerana terkesan dengan sekatan antarabangsa angkara serangannya ke atas Ukraine.

Antara kesan awal yang dapat dilihat menimpa ekonomi Rusia adalah data aktiviti pembuatan pada Mac yang mencatatkan penurunan paling ketara sejak Mei 2020 iaitu pada awal pandemik Covid-19, disebabkan kekurangan bahan dan kelewatan penghantaran yang membebankan kilang.

Indeks pengurus pembelian (PMI) S&P Global untuk Rusia yang dikeluarkan pada Jumaat, menunjukkan penguncupan kepada 44.1 daripada 48.6 dicatatkan pada Februari. Menurut penganalisis, kejatuhan tersebut adalah berpunca daripada penurunan mendadak dalam output, pesanan baharu dan komponen pesanan eksport baharu.

Menurut pakar ekonomi di Capital Economics, sekatan Barat mungkin akan mendorong pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Rusia menguncup sebanyak 12% pada 2022 dan inflasi pula melebihi 23% tahun ke tahun.

Sementara Bank Eropah untuk Pembinaan Semula dan Pembangunan pula mengunjurkan penguncupan sebanyak 10% dalam ekonomi Rusia, yang akan membentuk kemelesetan terburuk negara itu dalam tempoh hampir 30 tahun.

Presiden Vladimir Putin bagaimanapun masih lagi positif terhadap ekonominya, di mana beliau sebelum ini mengatakan bahawa negara itu akan bangkit lebih kuat.

Malah, Kremlin juga berjaya membayar semula bon baru-baru ini walaupun sekatan Barat yang telah membekukan sebahagian besar simpanan mata wang asingnya bernilai $640 bilion.

Bagi menyokong kenaikan semula mata wangnya, Putin juga telah mendesak Eropah untuk membayar import gas mereka menggunakan rubel. Namun, masih tidak ada kata putus mengenai pembayaran tersebut akan dilaksanaekan.

Meskipun begitu, ekonomi Rusia kekal dalam ancaman memandangkan lebih banyak sekatan menanti Rusia susulan tindakannya dalam pembunuhan beramai-ramai di Bucha, Ukraine.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat