Sekitar Pembentangan Bajet Australia, A$75 Billion Dalam Masa 10 Tahun

58

Bajet kerajaan Australia yang diumumkan hari ini hampir menepati jangkaan pasaran di mana aspek utama adalah kelemahan matawang Aussie jika pertumbuhan ekonomi (GDP) gagal mencapai sassaran.

Dalam kenyataan bajet tersebut, pihak kerajaan Australia mengumumkan bajet bagi melonjakkan perbelanjaan infrstruktur. Kerajaan merancang untuk membina lapangan terbang kedua untuk Sydney di mana termasuk pembinaan jaringan pengangkutan.

Jumlah perbelanjaan yang diperuntukkan adalah A$75 billion dalam jangka masa 10 tahun akan datang.

Terdapat peningkatan cukai kepada bank-bank besar dan juga amaun denda yang lebih tinggi kepada institusi kewangan. Manakala bayaran bagi cukai kesihatan juga ditingkatkan.

Bajet defisit bagi tahun 2017/2018 lebih tinggi daripada jangkaan iaitu A$29.4 billion berbanding ramalan sebelum ini iaitu A$28.7 billion. Bajet bagi tahun kewangan 2018/2019 juga lebih tinggi daripada jangkaan sebelum ini iaitu A$21.4 billion.

Manakala bagi tahun 2020/2021 kerajaan menyasarkan lebihan bajet A$7.4 billion berbanding bajet defisit selama 12 tahun berturut-turut sebelum itu.

Kerajaan meramalkan pertumbuhan ekonomi (GDP) di sekitar 2.75% bagi 2017/18 dan 3% pertumbuhan selepas dari tempoh ini di mana ia akan banyak disokong oleh pelaburan.

Inflasi CPI diramalkan di paras 2%, kadar pengangguran di paras 5.75% bagi 2017/18 dengan inflasi dijangka berada di paras 2.5% pada 2020/21.

Sebelum ini agensi penarafan telah memberi amaran jika Australia gagal menyerap bajet defisit, ini akan memberi kesan negatif kepada penarafan gred AAA negara ini.

Dalam konteks ini, sebarang isyarat pertumbuhan yang lemah dalam ekonomi Australia akan memberi impak negatif kepada sentimen pergerakan dolar Australia dan juga penurunan gred negara dari agensi penarafan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat