Sektor Pembuatan UK Berkembang Pada Kadar Yang Perlahan

46

Sektor pembuatan UK terus berkembang dengan kukuh pada bulan September, walaupun dengan kadar yang lebih perlahan. Badan pengkaji pasaran, Markit melaporkan data indeks PMI sektor pembuatan UK pada bulan Septmber jatuh 55.9 berbanding bacaan 56.9 yang dikeluarkan pada bulan Ogos.

Bacaa indeks melebihi 50.0 menunjukkan pertumbuhan dalam industri dan sebaliknya jika bacaan di bawah 50.

Pengeluaran dan tempahan baru kedua-duanya meningkat lebih daripada kadar purata jangka masa panjang. Walau bagaimanapun, hasil kajian menunjukkan tekanan inflasi pada harga barangan semakin meningkat. Hal ini disebabkan oleh kombinasi peningkatan harga komoditi, kadar pertukaran matawang dan juga tekanan daripada lebihan bekalan.

Rob Dobson, ketua ekonomi daripada Markit mengulas, “Walaupun sektor ini secara keseluruhannya  menunjukkan pertumbuhan yang baik pada suku tahun ketiga, namun pergerakan semakin perlahan pada bulan September, menjadi petunjuk momentum semakin hilang”.

Berdasarkan data yang dikeluarkan pada minggu lepas, ekonomi Britian berkembang pada kadar paling perlahan sejak 2013 dalam tempoh 12 bulan selepas undian Brexit tahun lepas, menambahkan halangan kepada bank pusat England (BoE) untuk menaikkan kadar pada tahun ini

BoE berkata pada September lalu bahawa mereka akan tingkatkan kos pinjaman pada bulan hadapan jika ekonomi dan tekanan harga barangan terus meningkat.

Pasangan matawang GBP/USD didagangkan pada $1.3311, susut 0.64% selepas data dikeluarkan, manakala EUR/GBP meningkat 0.06% kepada 0.8823 pada jam 5.30 petang.

Berikut merupakan pergerakan saham di Eropah:

FTSE 100 : +0.5%
Euro Stoxx 50: +0.3%
France CAC : +0.1%
Jerman Dax: +0.4%

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat