Sektor Swasta Amerika Syarikat Menambah 190,000 Pekerja Pada November

59

Firma swasta di Amerika Syarikat menambah 190,000 pekerja baru pada November sedikit di atas jangkaan pasaran, seperti yang dilaporkan ADP pada Rabu.

Jangkaan untuk data kali ini adalah penambahan 189,000 pekerjaan baru ke dalam sektor swasta. Oktober mencatat tambahan yang lebih tinggi dengan 235,000.

ADP non-farm payroll ialah data yang menunjukkan perubahan tenaga kerja dalam negara AS yang hanya melibatkan sektor swasta. Data ini dikeluarkan oleh ADP (Automatic Data Processing, Inc) hasil dari usahasama Moody’s Analytics.

Hubungan antara data ADP-NFP dan data NFP yang dikeluarkan pada Jumaat agak lemah jika dilihat beberapa sebulan ini. Data ADP merekod data kukuh pada tiga bulan sebelum ini, namun NFP mencatat bacaan yang lemah dan ini menyebabkan pasaran tidak boleh bergantung 100% kepada ADP-NFP untuk melihat data NFP pada Jumaat.

Walaupun begitu, data hari ini masih lagi menunjukkan prestasi pasaran pekerjaan yang kukuh di Amerika Syarikat yang akan menambah keyakinan dalam ekonomi.

Naib Presiden Institut Penyelidikan ADP, Ahu Yildirmaz berkata, “Pasaran buruh terus berkembang pada kadar mampan dengan sektor pembuatan paling banyak menambah pekerja yang tertinggi sejak beberapa tahun lalu. Dengan pasaran buruh yang semakin ketat dan peningkatan gaji, ia akan menyukarkan firma untuk menarik dan mendapatkan pekerja mahir.”

Diingatkan kepada para pembaca bahawa pada 08 Disember ini, laporan Non-Farm Payroll untuk bulan November akan dikeluarkan pada pukul 9.30 malam. Data NFP merupakan data pekerjaan yang paling ditunggu-tunggu setiap bulan kerana impaknya yang begitu tinggi kepada pasaran. Data ‘average hourly earnings’ juga akan menjadi tumpuan The Federal Reserve sebagai petunjuk trend kenaikan kadar gaji.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat