Selain Sokong Twitter, CEO Binance Nak Beli Bank!

307

Changpeng Zhao (CZ), Ketua Pegawai Eksekutif Binance berhasrat memberi bantuan dan sokongan penuh kepada jutawan Elon Musk yang baru-baru ini berjaya mengambil alih platform media sosial Twitter agar syarikatnya juga mampu berkembang pesat.

Rentetan itu, Binance telah melabur sebanyak $500 juta dalam pembelian Twitter oleh Musk bernilai $44 bilion ekoran beliau berhasrat memperkembangkan lagi pasaran kripto secara global.

Oleh demikian, CZ menubuhkan penyatuan platform media sosial bersama perkhidmatan exchange yang lebih kukuh dengan mewujudkan Binance Pay.

Difahamkan bahawa perkhidmatan pembayaran tersebut mampu membenarkan para pengguna membayar peniaga melalui pelbagai token atau mata wang fiat terpilih tanpa dikenakan sebarang caj tambahan.

Malah, CZ dikatakan bersedia menyertai lembaga syarikat Twitter jika Musk menawarkan jawatan tersebut sungguhpun beliau kini berada dalam proses membangunkan syarikatnya sendiri Binance.

Pada sumber berbeza, CZ dikatakan akan membeli bank bagi merapatkan jurang antara dunia kewangan tradisional dan pasaran mata wang kripto yang terbuka kepada pelaburan minoriti atau pengambilalihan penuh.

Ekoran itu, beliau akan menyelidik dengan lebih mendalam berkaitan jenis lesen tempatan, perbankan tradisional, penyedia perkhidmatan pembayaran serta bank agar sebarang kesilapan tidak berlaku.

Menurut CZ, exchanger kripto yang berfungsi dengan bank dapat memberi impak positif kepada syarikatnya susulan ia mampu manarik ramai pengguna baharu kepadanya serta meningkatkan penilaian bank.

Tambahnya lagi, Binance merancang membelanjakan lebih $1 bilion untuk pengambilalihan dan menyumbang $500 juta ke dalam Twitter, manakala syarikatnya turut menumpukan perhatian dalam projek penerbitan, kewangan terdesentralisasi (DeFi) serta non-fungible token (NFT).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat