“Wa Sokong Sama Lu” – CZ Kepada Elon Musk

226

‘Kamcing betul 2 indidvidu kepala gila-gila ni pasal hak kebebasan bersuara.’

Ketua Eksekutif Binance, Changpeng ‘CZ’ Zhao menunjukkan sokongan terhadap aspirasi Elon Musk dengan melabur $500 juta dalam pembelian Twitter.

Perkara tersebut didedahkan oleh CZ sendiri ketika pembukaan acara persidangan teknologi terbesar Eropah, Web Summit yang berlangsung di Lisbon, Portugal.

Dalam ucapannya, CZ mengatakan beliau ‘sangat menyokong’ aspirasi Musk yang mahu menegakkan hak kebebasan bersuara pada Twitter dan atas ‘sebab kukuh’ tersebut membuatkannya melabur dalam pembelian itu.

Pengasas platform exchanger kripto tersebut mempunyai seramai 7 juta pengikut di Twitter dan sering menegaskan kepentingan kebebasan bersuara pada aplikasi burung biru tersebut.

Umumnya beberapa syarikat termasuk Sequoia Capital, Fidelity Management, Andreessen Horowitz dan Brookfield telah melabur dalam pembelian $44 bilion Twitter oleh Musk pada pertengahan tahun ini.

Malah CZ yang merupakan antara pengguna tegar Twitter dilihat tidak mahu melepaskan peluang untuk melabur dalam proses pembelian aplikasi tersebut, yang disifatkan sebagai produk penting dalam industri teknologi.

Dalam pada itu, tiada sebarang berita mengenai kerjasama Binance dan Twitter namun platform exchanger tersebut telah menubuhkan pasukan yang mengkaji blockchain serta kripto yang dijangka boleh diintegrasikan pada aplikasi itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat