Selepas Facebook, Kini Google Pula Disiasat

341

Seramai 50 peguam dari seluruh Amerika Syarikat secara rasminya mengumumkan akan membuka kertas siasatan terhadap syarikat Google berkenaan isu “antitrust”. Fokus penyiasatan ini tertumpu pada perniagaan pengiklanan Google yang mewakili lebih daripada 80% pendapatannya secara keseluruhan.

Undang-undang “antitrust” adalah koleksi undang-undang persekutuan dan kerajaan negeri yang mengawal kelakuan dan organisasi syarikat perniagaan secara amnya bagi menggalakkan persaingan untuk kepentingan pengguna.

Jumaat lalu, syarikat induk Google, Alphabet telah mengesahkan Jabatan Kehakiman akan melakukan penyiasatan terhadap syarikat itu susulan terdapat permintaan agar siasatan awam terhadap kes ini dapat dijalankan.

Minggu lalu, salah satu unit di bawah Google, Youtube telah bersetuju untuk membayar denda berjumlah $170 juta akibat pelanggaran privasi atas talian bagi kanak-kanak.

Sebelum ini pihak Google juga pernah dikenakan saman $5.1 bilion oleh Kesatuan Eropah atas tuduhan salahguna kuasa di pasaran telefon bimbit sambil memerintahkan syarikat itu mengubah semula amalannya.

Siasatan ini bakal diketuai oleh peguam Texas, Ken Paxton bersama tujuh lagi peguam umum dan 4 orang wakil dari parti Demorkat dan Republikan. Hanya Alabama dan California sahaja yang masih belum memberi jawapan kepada siasatan ini.

Paxton berkata tumpuan awal siasatan ialah kepada pengiklanan atas talian. Google dijangka meraih lebih daripada $48 bilion pada pendapatan iklan digital di AS untuk tahun ini, satu angka yang jauh berbeza jika dibandingkan dengan pesaingnya yang lain. Google juga memegang 75% daripada keseluruhan perbelanjaan pada iklan carian di AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat