Selepas Kejatuhan Mendadak, Ini Yang Terjadi Pada Harga Minyak

409

Dagangan minyak kembali mengumpul kekuatan untuk bangkit semula selepas mengalami kejatuhan drastik pada sesi sebelumnya yang dilemahkan kebimbangan terhadap penutupan Covid-19 di China dan pengukuhan US dolar.

Pada sesi Asia, dagangan minyak Brent menokok sekitar 1% untuk didagangkan pada $103 setong manakala niaga hadapan WTI Amerika Syarikat pula positif pada $99.40 setong.

Kedua-dua penanda aras telah merosot sekitar 4% pada hari Isnin, di mana dagangan Brent jatuh sebanyak $7 setong dan WTI AS pula susut kira-kira $6 setong.

Di China, sekatan untuk menentang Covid-19 di Shanghai telah berlarutan sehingga ke minggu keempat. Sementara itu, ancaman terbaharu di Beijing dengan ujian coronavirus dilaksanakan secara besar-besaran telah menimbulkan kebimbangan penutupan lebih luas akan berlaku.

Menurut penganalisis, lebih sejuta tong sehari terjejas akibat penutupan tersebut dan ujian Covid-19 ke atas 12 daerah pada minggu ini akan mempengaruhi pergerakan seterusnya harga minyak mentah.

Selain itu, lonjakan US dolar ke tahap tertinggi dua tahun turut melemahkan dagangan minyak yang menjadikannya lebih mahal bagi pemegang mata wang lain.

Namun, penyusutan USD pada awal sesi Asia sedikit memberi ruang buat harga minyak untuk mencatat peningkatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat