Selepas Penurunan 2 Hari Berturut-Turut, Adakah EUR/USD Akan Turun Lebih Rendah Lagi?

1,027

Matawang US dolar dilihat masih bergerak kukuh pada prestasi yang ditampilkan di sesi pasaran US semalam setelah menunjukkan penyusutan pada awal minggu.

Kebimbangan terhadap gelombang virus kedua semakin meningkat setelah China meningkatkan semula sekatan pergerakan rakyat ke luar negara bagi membendung penularan lebih serius susulan kes jangkitan yang meningkat semula di China.

Ini telah mendorong permintaan yang meningkat terhadap matawang safe-haven terutama US dolar.

Jika dilihat pada pergerakan harga bagi pasangan matawang EUR/USD, harga membuat penurunan lebih rendah pada sesi New York menyambung momentum pengukuhan US dolar pada hari sebelumnya yang disokong data jualan runcit US yang melonjak tinggi.

Harga telah membuat penurunan sekitar 80 pips dari paras ketinggian 1.12900 selepas menguji halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta EUR/USD semalam.

Penurunan harga tersebut telah mencatatkan paras terendah mingguan terbaru namun gagal menyentuh paras tumpuan 1.12000 sebelum menutup dagangan sesi New York sedikit tinggi.

Sesi pasaran Asia pada Khamis melihatkan pergerakan perlahan harga namun menunjukkan tanda-tanda untuk menyambung penurunan berkemungkinan pada sesi Eropah.

Penurunan harga dijangka menuju zon RBS (resistance become support) di bawah paras 1.12000 sebelum penurunan yang diteruskan berkemungkinan mencecah sehingga ke paras 1.11000.

Namun jika harga membuat kenaikan dan menembusi halangan MA50, perubahan trend mungkin berlaku dan kenaikan akan menuju semula paras ketinggian mingguan pada 1.13500.

Kenaikan seterusnya akan menguji zon resistance pada ketinggian sekitar paras 1.14000.

Tumpuan akan terarah pada data tuntutan faedah pengangguran di US dan juga persidangan ekonomi Eropah yang akan memacu pergerakan harga buat Euro dan US dolar.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat