Selepas Politik Apa Pula Kebimbangan Pasaran Ketika Ini?

54

– Harga minyak naik dalam tempoh 3 bulan lalu.
– Pelabur banyak memberi tumpuan terhadap peningkatan kadar faeedah.
– Ancaman dari Korea Utara masih berlangsung.

Minyak mentah.

Pada hari Jumaat lepas, menteri-menteri OPEC dan non-OPEC mengadakan mesyuarat di Vienna bagi mempertimbangkan keputusan untuk melanjutkan tempoh pemotongan pengeluaran minyak. Namun seperti jangkaan mereka akan meneliti lebih lama pergerakan pasaran sebelum membuat sebarang keputusan.

Walaubagaiamanpun, pelabur semakin yakin bahawa harga minyak akan kembali seimbang. Para penganalisis berpendapat bahawa terdapat tanda-tanda bahawa lebihan pengeluaran minyak akan berakhir.

Harga minyak sebelum ini telah meningkat dalam masa tiga bulan selepas pengeluar-pengeluar bersetuju untuk melanjutkan pemotongan pada Mei lepas.

Kadar Faedah.

Selepas mesyuarat FOMC, para pelabur lebih menumpukan pada peningkatan kadar faedah lantaran kenyataan FOMC yang akan menaikkan sekali lagi kadar faedah sebelum akhir tahun. Fed tidak sendirian dalam hal ini, Bank pusat England juga menjangkakan bahawa akan ada peningkatan kadar faedah pada bulan hadapan.

Korea Utara.

Ketegangan Korea Utara dan U.S masih berlangsung, apabila diktator Kim Jong Un menempelak Donald Trump sebagai kurang ajar dan tidak masuk akal. Episod celaan dan ancaman satu sama lain berlangsung terus-menerus sepanjang minggu lepas. Namun dunia terus menggesa agar Korea Utara agar menghentikan sebarang ujian sejata nuklear.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat