Selepas Tesla Lepaskan Bitcoin, Elon Musk Dedah Kripto Utama Disokongnya

2,082

Jutawan terkaya dunia, Elon Musk menjadi individu penting yang seringkali memunculkan dirinya dalam perjalanan pasaran kripto semasa dan adakalanya berjaya mempengaruhi pergerakan kripto tumpuan seperti Bitcoin (BTC) dan Dogecoin (DOGE).

Beliau sebelum ini pernah melabur sebanyak $1.5 bilion dalam Bitcoin (BTC) untuk syarikatnya, Tesla Inc pada 2021 sehingga nilainya pernah mencapai $2.48 bilion semasa akhir 1QFY21.

Namun begitu, mengejutkan pasaran apabila Musk telah menggadaikan 75% aset BTC yang dipegang kepada mata wang fiat dengan alasan keadaan sekatan Covid di China pada waktu itu. Rentetan itu, BTC terus susut 2.17% selepas Musk menyatakan tentang penjualan BTC syarikatnya.

Selain penjualan BTC, Musk pernah membeli Dogecoin (DOGE) sehingga harga mata wang kripto tersebut terus mencanak hanya disebabkan Musk mempromosikan serta menggembar-gemburkan (hype) DOGE tersebut. Akan tetapi, harga DOGE merosot kembali apabila hype mula berkurangan dan kebanyakan pelabur sudah kurang yakin dengan kata-kata Musk.

Sebelum ini, setiap ciapan Musk di akaun Twitternya menjadi tumpuan dan dilihat sebagai penggerak Dogecoin sehingga pernah mencapai paras melepasi $0.70 pada Mei 2021 lalu. Namun, kesan pengaruh tersebut sudah mula memudar dalam kalangan pelabur.

Kini, secara terus terang Musk sekali lagi menyatakan sokongannya kepada Dogecoin dengan memuji proses transaksinya. Selain itu, Dogecoin juga mempunyai ‘memes’ serta ‘dogs’ yang menghiburkan dan tidak terlalu serius.

Pada mulanya DOGE dicipta sebagai gurauan tetapi harga DOGE telah meningkat sejak 18 bulan lalu sebelum semakin merosot selepas itu.

Selepas Tesla membeli Bitcoin pada tahun lepas, Musk memulakan kempen jangka panjang untuk menaik taraf DOGE supaya dapat menewaskan BTC. Dalam pada itu, pemaju DOGE akan meningkatkan keselamatan serta kecekapannya.

Menurut Musk, walaupun DOGE hanya direka untuk menjadi mata wang kripto jenaka yang tidak masuk akal, tetapi jumlah keupayaan urus niaga DOGE lebih tinggi daripada BTC. Oleh itu, Musk akan terus membeli DOGE dan menyokongnya.

Musk juga mengumumkan akan mula menerima pembayaran menggunakan DOGE untuk membeli barangan di syarikat roket SpaceX mengikuti jejak langkah Tesla yang menerima pembayaran pembelian barangan pada Januari.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat