Semak Semula Model Perniagaan, Bank Pusat Mesti Terima CBDC! – Ahli ECB

227

“CBDC ada banyak kebaikannya kan? Ke ada yang tak suka CBDC diterima oleh bank pusat?”

Joachim Nagel, Presiden Bundesbank dan ahli Bank Pusat Eropah (ECB) menegaskan masa depan bank pusat bukan sahaja bergantung pada semakan modal perniagaannya malah penggunaan pantas Mata Wang Digital Bank Pusat (CBDC).

Semasa sesi panel di Sidang Kemuncak Inovasi dihoskan oleh Bank untuk Penyelesaian Antarabangsa pada 6 Mei 2024, Nagel didapati bertindak memberi amaran berhubung ketidaktentuan yang menyelubungi bank pusat.

Menurut Nasel lebih lanjut di Basel Switzerland, beliau tetap akan berkata tidak sekiranya ada sesiapa yang bertanya kepadanya 20 tahun lalu sama ada modal perniagaan bank pusat boleh dimusnahkan atau tidak.

Selain menekankan kepentingan mengintegrasikan teknologi distributed ledger disebabkan wang fizikal sudah kehilangan daya tarikannya, Nagel turut berkata bank pusat perlu memikirkan satu lagi produk teras baharu jika sebahagian daripada produk teras kehilangan daya tarikan.

Rentetan itu, ahli ECB Perancis Francois Villeroy de Galhau juga membincangkan tentang bank pusat dan teknologi baharu muncul dan perlu diketahui beliau semasa persidangan BIS terdahulu telah mencadangkan kepada bank bagi menggunakan mata wang digital untuk transaksi borong dan runcit.

Peranan tersebut bukanlah bagi menjadi kaedah pembayaran yang dominan tetapi mewujudkan kestabilan untuk sistem kewangan, oleh itu Galhau sungguh percaya lambat laun kita akan memerlukan CBDC untuk tujuan pemborongan dan runcit.

Sejurus selepas menyelesaikan fasa penyiasatannya bagi menentukan reka bentuk dan butiran teknikalnya, ECB yang kini sedang membangunkan versi digital euro telah menjangkakan untuk menyiapkan projek itu menjelang Oktober 2025.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat