Semua Yang Anda Mesti Tahu Dalam Pasaran Forex Sepanjang Minggu Lalu (13 – 17 Nov)

61

US dolar didagang bercampur-campur minggu lalu (13-17 Nov) walaupun dengan data ekonomi penting yang agak memberangsangkan.

Data inflasi sejajar dengan jangkaan pasaran dengan data jualan runcit melebihi jangkaan pasaran. Walaubagaimanapun, tumpuan lebih terarah kepada ‘reformasi cukai US’ dengan isu siasatan Robert Mueller juga menekan US dolar.

Matawang euro mengukuh dengan signifikan terutamanya berbanding US dolar sehingga mencatat julat kenaikan 223 pip. Matawang euro mendapat sokongan daripada data pertumbuhan ekonomi Jerman walaupun dengan data inflasi yang kurang meyakinkan. Sememangnya kekuatan euro juga disumbangkan oleh kelemahan US dolar itu sendiri.

Matawang Sterling (GBP) pula mengukuh berbanding US dolar, namun sedikit tertekan pada awal minggu disebabkan oleh situasi politik yang tidak menentu. Terdapat laporan bahawa lebih 40 ahli parlimen Konservatif yang mahu membuat undi tidak percaya terhadap perdana menteri Theresa May.

Sebelum kita meneruskan kepada ulasan kalendar ekonomi sepanjang minggu lalu kita lihat dahulu julat pergerakan pasangan matawang utama dunia pada minggu lalu dan minggu sebelum itu untuk melihat perbezaan antara kedua-dua tempoh ini.

06 – 10 November 13 – 17 November
Eur/Usd- naik 124 pip Eur/Usd – naik 223 pip
Usd/Jpy– volatile 165 pip Usd/Jpy –  jatuh 197 pip
Gbp/Usd– naik 172 pip Gbp/Usd – naik 198 pip
Usd/Chf- volatile 113 pip Usd/Chf – jatuh 141 pip
Usd/Cad– jatuh 153 pip Usd/Cad – naik 152 pip
Aud/Usd– 73 pip sideways Aud/Usd – jatuh 129 pip
Nzd/Usd– naik 105 pip Nzd/Usd – jatuh 157 pip

 

Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat ulasan keseluruhan data-data dan event ekonomi sepanjang minggu lalu.

  • Pengeluaran industri (industrial production), China – Selasa

Pengeluaran industri meningkat 6.2% setahun pada bulan Oktober berbanding sasaran penganalisis yang menjangkakan peningkatan sebanyak 6.3%. Pada bulan September pengeluaran industri mencatat pertumbuhan 6.6%. Pelaburan aset tetap bertumbuh perlahan iaitu sebanyak 7.3% daripada bulan Januari sehingga Oktober berbanding jangkaan penganlisis yang mensasarkan pertumbuhan 7.4%.

  • Inflasi (CPI), UK – Selasa

Harga pengguna naik 3.0% (bacaan tahunan, y/y) pada Oktober sejajar dengan data sebelum ini yang mana tidak berubah. Bacaan kali ini kurang daripada jangkaan pasaran 3.1%, namun masih berada di paras tertinggi sejak Mac 2012.

  • Konferens ECB – Selasa

Pengerusi Federal Reserve Janet Yellen berkata dalam konferens ECB pada Selasa bahawa panduan yang diberikan oleh Fed tentang halatuju polisi memberi faedah kepada pasaran. Namun, beliau menegaskan ia perlu dilihat mengikut keadaan ekonomi dan bagaimana sebenarnya ekonomi itu berkembang.

“Semua panduan (guidance) haruslah mengikut keadaan semasa dan realiti ekonomi,” kata Yellen dalam konferens European Central Bank (ECB) di Frankfurt.

Draghi pula berpendapat ‘panduan kehadapan’ (forward guidance) untuk polisi di masa hadapan telah berjaya memandu jangkaan pasaran dan ia kini menjadi salah satu alat dalam polisi.

“Panduan ke hadapan telah menjadi instrumen polisi monetari yang matang.”

“Kenapa perlu kita hentikan instrumen polisi yang terbukti efektif ini? tambah Draghi.

Bank of England (BoE) akan lebih fleksibel dalam kenaikan kadar faedah bagi menyokong ekonomi Britain yang akan keluar daripada Kesatuan Eropah, kata Mark Carney, Gabenor BoE.

Gabenor Bank of Japan (BoJ) Haruhiko Kuroda berkata pada Selasa bahawa jangkaan inflasi di Jepun semakin meningkat. Kuroda juga berkata bahawa inflasi di Jepun masih terkesan oleh kejatuhan harga minyak mentah dunia sejak beberapa tahun lalu.

Kuroda menegaskan akan meneruskan polisi akomodasi (sokongan kepada ekonomi) yang tinggi.

  • Harga pengeluar (producer price index, ppi), US – Selasa

Harga pengeluar (Producer Price Index, PPI) meningkat 0.4% bulan lalu melebihi jangkaan kenaikan 0.1%. Catatan bulan lalu adalah sama dengan bacaan pada bulan sebelum itu. Dari segi bacaan tahunan (y/y), harga pengeluar meningkat 2.8% pada Oktober berbanding jangkaan kenaikan 2.4%. Untuk rekod, bacaan pada September naik 2.6%.

  • Pertumbuhan ekonomi (GDP), Jepun – Rabu

Ekonomi Jepun berkembang sebanyak 1.4% setahun bagi suku tahun ketiga. Bacaan ini melebihi pertumbuhan ekonomi sebelumnya yang mencatat pertumbuhan 1.3%. Data ini menunjukkan ekonomi Jepun mencatat pertumbuhan sepanjang 7 suku tahun.

  • Indeks harga gaji (wage price index), Australia – Rabu

Data pendapatan (wage price index) meningkat 0.5% pada suku tahun ketiga berbanding dengan bacaan jangkaan yang mensasarkan peningkatan 0.7%. Peningkatan 0.5% ini sejajar dengan bacaan peningkatan suku tahun kedua. Pertumbuhan kadar gaji tahunan meningkat keparas 2.0% daripada bacaan sebelumnya pada 1.9%. Namun peningkatan ini masih tersasar daripada bacaan jangkaan yang mensasarkan peningkatan 2.2%.

  • Data pekerjaan UK – Rabu

Kadar pengangguran UK kekal di paras terbaik iaitu di paras terendah 42 tahun lalu pada September, di mana pertumbuhan gaji kurang daripada bacaan sebelum ini.

Kadar pengangguran dalam tempoh tiga bulan berakhir pada September tidak berubah dari paras 4.3%, sejajar dengan jangkaan ekonomi.

Jumlah orang yang mendapat pekerjaan jatuh pertama kali sejak hampir setahun yang lalu. Terdapat 32.06 juta orang yang bekerja dalam tempoh tiga bulan sehingga September, berkurangan sebanyak 14,000 daripada suku kedua. Ia adalah kejatuhan pertama sejak tempoh (Ogos-Oktober) 2016 dan kejatuhan terbesar sejak April-Jun 2015.

  • Harga pengguna (consumer price index, cpi), US – Rabu

Indeks Harga Pengguna (CPI, consumer price index) naik 0.1% bulan lalu selepas merekod kenaikan 0.5% bulan sebelum itu. Bagi bacaan tahunan (y/y), CPI turun kepada 2.0% dari 2.2% pada September. Jangkaan pasaran bagi data ini adalah kenaikan 0.1% (m/m) dan 2.0% (y/y).

  • Data pekerjaan Australia – Khamis

Berdasarkan laporan tersebut, terdapat peningkatan peluang pekerjaan sebanyak 3700 pekerjaan pada bulan Oktober. Namun penganalisis menjangkakan peningkatan sebanyak 17,500 pekerjaan. Kadar pengangguran jatuh 0.1% kepada 5.4% berbanding bacaan jangkaan yang mensasarkan kejatuhan kepada 5.6%.

  • Harga pengguna (CPI), Kanada – Jumaat

Data terbaru harga pengguna (CPI) Kanada meleset daripada jangkaan jika dilihat dalam bacaan tahunan (y/y). Data bulanan yang dikeluarkan merekod kenaikan 0.1% sejajar dengan jangkaan. Manakala bacaan tahunan adalah 1.4% meleset daripada ramalan pasaran 1.6%. Ini telah menyebabkan kejatuhan dolar Kanada selepas data dikeluarkan pukul 9.30 malam pada Jumaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat