Semua Yang Anda Mesti Tahu Dalam Pasaran Forex Sepanjang Minggu Lalu (20 – 24 Nov)

58

US dolar membuat kenaikan pada hari pertama minggu ini, namun gagal mempertahankan pengukuhan tersebut sejak Selasa.

Kejatuhan US dolar bermula pada Selasa disebabkan aktiviti pengambilan untung dan juga perubahan posisi pelaburan/dagangan oleh pelabur menjelang cuti umum Thanksgiving di Amerika Syarikat. Dalam masa yang sama kita juga dapat melihat kesukaran dalam hasil-bon 10 tahun US untuk membaut kenaikan, di mana terdapat juga kebimbangan pasaran terhadap keluk-hasil (yield-curve) yang bergerak mendatar.

Awal pembukaan pasaran hari Rabu, sekali lagi US dolar tertekan yang jelas dilihat dalam pasangan matawang USD/JPY. Janet Yellen pengerusi The Fed berucap pada pagi Rabu yang dinilai sebagai ‘dovish‘ dan kurang meyakinkan sekaligus meletakkan kebimbangan kepada pasaran tentang pengetatan kadar faedah di masa akan datang.

Pengerusi The Federal Reserve, Janet Yellen dilihat ‘tidak pasti’ sama ada inflasi akan naik semula dalam masa terdekat. Beliau menyatakan kebarangkalian untuk harga kekal di paras rendah beberapa tahun akan datang. Yellen juga mengatakan beliau tidak percaya ‘jangkaan inflasi’ telah meleset begitu banyak walaupun kadar inflasi telah berada di bawah sasaran sejak lima tahun lepas. Inflasi sepatutnya naik semula tahun depan atau dua tahun akan datang, kata beliau. “Saya akan kata saya begitu tidak pasti tentang perkara ini. Rakan-rakan saya juga tidak pasti dengan perkara ini sama ada ia hanya sementara, dan kami sedang memerhatikan perkara ini secara teliti.”

US dolar meneruskan penurunan pada Rabu dalam sesi U.S. yang disebabkan oleh data durable-goods yang meleset jauh daripada jangkaan.

Tempahan durable goods yang termasuk komponen pengangkutan merosot (-1.2%) bulan lalu berbanding dengan jangkaan kenaikan 0.4%. Manakala data tempahan Core durable-goods yang tidak mengambil kira komponen pengangkutan naik 0.4% meleset daripada jangkaan kenaikan 0.5%. Tempahan barangan tahan-lama (durable goods) jatuh jauh daripada jangkaan pada Oktober yang mengurangkan keyakinan terhadap ekonomi U.S.

US dolar meneruskan kejatuhan selepas minit mesyuarat FOMC dikeluarkan pada Khamis pukul 3 pagi. Walaupun ada perkara positif yang menunjukkan keperluan kenaikan kadar faedah dalam masa terdekat, namun pasaran lebih bimbang dengan pendirian tentang inflasi.

Ramai daripada ahli The Fed yang bimbang dengan kadar inflasi yang akan kekal di bawah paras sasaran 2% lebih daripada jangkaan bank pusat.

Pasaran pada Khamis bergerak sideways dengan cuti umum di Amerika Syarikat dan Jepun. Paling ketara adalah pasangan matawang USD/JPY yang hanya bergerak pada julat 30 pip.

Sebelum kita meneruskan kepada ulasan kalendar ekonomi sepanjang minggu lalu kita lihat dahulu julat pergerakan pasangan matawang utama dunia pada minggu lalu dan minggu sebelum itu untuk melihat perbezaan antara kedua-dua tempoh ini.

13 – 17 November 20 – 24 November
Eur/Usd- naik 223 pip Eur/Usd – naik 231 pip
Usd/Jpy– jatuh 197 pip Usd/Jpy –  jatuh 165 pip
Gbp/Usd– naik 198 pip Gbp/Usd – naik 174 pip
Usd/Chf- jatuh 141 pip Usd/Chf – jatuh 176 pip
Usd/Cad– naik 152 pip Usd/Cad – jatuh 164 pip
Aud/Usd– jatuh 129 pip Aud/Usd – naik 106 pip
Nzd/Usd– jatuh 157 pip Nzd/Usd – naik 116 pip

 

Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat ulasan keseluruhan data-data dan event ekonomi sepanjang minggu lalu.

  • Ucapan Gabenor Philip Lowe, RBA Australia (Selasa)

“Jika ekonomi terus meningkat mengikut jangkaan, berkemungkinan besar tindakan seterusnya untuk kadar faedah adalah kenaikan berbanding diturunkan.” Prospek pelaburan perniagaan juga semakin cerah dengan lebih banyak syarikat sekarang yang bersedia mengambil risiko dengan melabur dalam aset baru, kata Lowe.

  • Laporan inflasi BoE kepada Parlimen, UK (Selasa)

Pegawai-pegawai Bank of England (BoE) termasuk timbalan gabenor John Cunliffe dan ahli-ahli bank pusat yang lain Gertjan Vlieghe, Ian McCafferty dan Michael Saunders mengulangi pendapat mereka bahawa inflasi akan terus meningkat pada suku keempat.

  • Ucapan Janet Yellen, US (Rabu)

Pengerusi The Federal Reserve, Janet Yellen dilihat ‘tidak pasti’ sama ada inflasi akan naik semula dalam masa terdekat. Beliau menyatakan kebarangkalian untuk harga kekal di paras rendah beberapa tahun akan datang.

  • Data durable-goods, US (Rabu)

Tempahan barangan tahan-lama (durable goods) jatuh lebih daripada jangkaan pada Oktober yang mengurangkan keyakinan terhadap ekonomi U.S. Tempahan durable goods yang termasuk komponen pengangkutan merosot 1.2% bulan lalu berbanding dengan jangkaan kenaikan 0.4%. Manakala data tempahan Core durable-goods yang tidak mengambil kira komponen pengangkutan naik 0.4% meleset daripada jangkaan kenaikan 0.5%.

  • Jualan Runcit New Zealand (Khamis)

Jumlah jualan runcit hanya meningkat 0.2% berbanding suku tahun kedua yang mencatat peningkatan 1.8%. Walaupun pertumbuhan jualan runcit perlahan, namun bacaan 0.2% melebihi jangkaan penganalisis yang mensasarkan pada bacaan 0.1%.

  • Data PMI Zon-Eropah (Khamis)

Data PMI rantau ini terus menunjukkan prestasi positif dengan bacaan indeks melebihi jangkaan pasaran. Kedua-dua negara terbesar Perancis dan Jerman juga merekod bacaan positif yang menambah lagi keyakinan terhadap pertumbuhan kukuh di Zon-Eropah.

  • Data jualan-runcit Kanada (Khamis)

Data jualan runcit Kanada meleset jauh daripada jangkaan menyebabkan CAD jatuh pada Khamis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat