Bank of England Menjangka Kadar Inflasi Capai Paras Tertinggi Pada Suku Ke-4

60

Pegawai-pegawai Bank of England (BoE) termasuk timbalan gabenor John Cunliffe dan ahli-ahli bank pusat yang lain Gertjan Vlieghe, Ian McCafferty dan Michael Saunders mengulangi pendapat mereka bahawa inflasi akan terus meningkat pada suku keempat.

Cunliffe mengulangi bahawa inflasi di UK dijangka akan mencapai paras tertinggi pada suku keempat dan Vlieghe pula menjelaskan ia adalah disebabkan kenaikan harga minyak mentah dan nilai Pound yang terus berada di paras semasa.

Cunliffe adalah ahli BoE yang mengundi untuk tidak menaikkan kadar faedah sebelum ini di mana beliau menjelaskan ia adalah kerana beliau mahu melihat bukti kenaikan kadar gaji yang lebih jelas.

Dalam melaporkan keputusannya untuk menaikkan kadar faedah, Vlieghe mengakui pendiriannya terhadap gaji dan kesannya kepada inflasi adalah berdasarkan pendapatnya sendiri. “Tiada sains dalam perkara itu,” jelas beliau. Beliau mengundi kenaikan kadar faedah adalah berdasarkan penurunan kadar pengangguran, serta petunjuk bahawa firma mula memberikan gaji yang tinggi untuk menarik pekerja yang berkelayakan.

Saunders dan McCafferty pula menjelaskan kenapa bank pusat di seluruh dunia tidak boleh berjanji tentang tindakan terhadap kadar faedah adalah disebabkan ia bergantung kepada perkembangan semasa ekonomi.

Saunders menegaskan bahawa bank pusat menjangka kenaikan kadar faedah di masa hadapan adalah terhad dan secara beransur-ansur.

Berkait dengan program pembelian aset oleh BoE yang dikenali sebagai pelonggaran kuantitatif (Quantitative Easing, QE), Cunliffe berkata bank pusat tidak lupa dengan perkara ini dan dijangka akan mengurangkan pembelian secara beransur-ansur agar tidak mengganggu pasaran.

McCafferty berkata bahawa kadar faedah perlu berada di paras tinggi terlebih dahulu sebelum bank pusat mula mengurangkan pembelian aset dan berdasarkan kenyataan bank pusat sebelum ini perlunya untuk mencapai kadar faedah 2% terlebih dahulu.

Tidak banyak pergerakan dalam matawang GBP selepas komen-komen dibuat oleh ahli bank pusat petang tadi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat