Senaman Jantung Untuk Pelabur Bila Tengok Bursa Buat Kejutan Macam Ni!

373

Bermomentumkan aliran positif Wall Street, Bursa tempatan dibuka tinggi.

Naib Presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, mengambil faktor yang berlaku pada ekuiti luar pasaran tempatan dijangka memulih untuk berdagang pada julat 1,500 pada hari ini.

Selain itu, saham teknologi mungkin menjadi buruan sementara sektor tenaga dan perladangan dijangka alami penjualan berdasarkan penurunan harga minyak.

Dalam pada itu,  penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.42 mata pada 1,491.77 daripada penutupan Rabu pada 1,491.35 dengan pembukaan lemah 0.48 mata pada 1,490.87.

Di pasaran meluas, kaunter untung pada 192 mengatasi kaunter rugi pada 92, manakala 192 kaunter pula tidak berubah, 1,814 tidak didagangkan dan 9 digantung.

Jumlah perolehan pada 108.54 juta unit bernilai RM58.3 juta.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Public Bank Bhd tambah 2 sen pada RM8.95 dan RM4.66, IHH Healthcare Bhd capai 4 sen pada RM6.24, Petronas Chemicals Group Bhd susut 13 sen pada RM8.87 dan CIMB Group Holdings Bhd turun 2 sen pada RM5.38.

Saham aktif memperlihatkan Metronic Global Bhd dan SNS Network Technology Bhd naik 0.5 sen pada 6.5 sen dan 26.5 sen, Sarawak Consolidated Industries Bhd tambah 1 sen pada 16 sen dan Orgabio Holdings Bhd lonjak 3 sen pada 35 sen sementara Hibiscus Petroleum Bhd susut 3 sen pada 97 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas mengukuh 9.03 mata pada 10,594.40, indeks FBMT 100 melonjak 9.16 mata pada 10,342.46, FBM 70 memulih 36.49 mata pada 12,716.46, indeks FBM Emas Shariah mengumpul 7.95 mata pada 10,672.53 dan FBM ACE meraih 8.43 mata pada 4,782.05.

Segi sektor, indeks Perladangan melemah 15.24 mata pada 7,013.59, indeks Produk dan Perkhidmatan menurun 0.57 mata pada 184.48 dan indeks Tenaga menyusut 11.38 mata pada 697.81 sementara indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 5.09 mata pada 16,718.12.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat