Senarai Barangan Yang Dikenakan & Dikecualikan Cukai SST Bermula 1 September

2,240
Cukai jualan dan perkhidmatan (SST) baru sahaja berkuatkuasa pada 1 September selepas beberapa bulan ‘Tax-Holiday’ apabila cukai GST dimansuhkan.
Untuk pengetahuan anda antara barangan pengguna yang dikecualikan daripada SST adalah makanan termasuk sardin dalam tin, mee segera dan barangan makanan proses yang lain yang mana sebelum ini termasuk dalam cukai GST.
Di sini kami senaraikan barangan dan perkhidmatan yang dikenakan dan dikecualikan cukai SST berkuatkuasa pada 1 September lalu.

 

Barangan & Perkhidmatan Dikecualikan SST

 

#1 Makanan

Kebanyakan jenis makanan dikecualikan SST terutamanya makanan mentah. Ia termasuklah haiwan hidup, daging, ikan/binatang laut, telur, susu, sayur-sayuran, buah-buahan, rempah, kopi/teh, bijirin, tepung dan banyak lagi. Namun, ada juga beberapa kategori daripada makanan yang turut dikenakan cukai SST, tetapi sedikit.

#2 Ubat-ubatan (Farmaseutikal)

Semua jenis ubat-ubatan farmaseutikal dikecualikan daripada cukai SST. Sememangnya wajar produk perubatan untuk dikecualikan daripada cukai SST untuk menjaga kebajikan dan tahap kesihatan rakyat Malaysia.

.

Walaupun kategori barangan yang dikecualikan cukai nampak sedikit, tetapi jumlah barangan ‘jenis keperluan’ adalah lebih banyak berbanding barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai.
Berikut pula adalah barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai SST.

 

Barangan & Perkhidmatan Dikenakan SST

 

 #1 Barangan Kosmetik & Minyak Wangi

Barangan peribadi seperti kosmetik dan minyak wangi dikenakan cukai SST. Selain itu, barangan keperluan penjagaan peribadi juga akan dikenakan cukai jualan.

#2 Barangan Besi/Keluli/Tembaga

Barangan yang berasaskan besi, keluli dan tembaga turutdikenakan cukai SST. Antaranya adalah peralatan dapur seperti periuk.

#3 Butter, Minyak Sapi, Keju

#4 Restoran

 

#5 Hotel & Penginapan

Berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam, semua jenis penginapan hotel, perkhidmatan apartment, termasuk homestay akan dikenakan cukai SST tertakluk kepada syarat pengenaan cukai yang ditetapkan.
Untuk pengetahuan anda, restoran di dalam hotel juga akan mengenakan cukai ini, termasuk kelab malam dan hospital swasta.

#6 Perkhidmatan Insurans

Jangan terkejut, kerana pengenaan cukai hanya dikenakan kepada insurans B2B (Business to Business) dan insuran am sahaja. Bagi insuran kesihatan kepada orang biasa, ia adalah dikecualikan daripada cukai ini.

#7 Baikpulih Kereta

Dalam senarai Kastam, penyedia perkhidmatan kenderaan bermotor atau pusat baik pulih kenderaan juga akan dikenakan cukai SST. Adakah bengkel-bengkel kereta juga akan dikenakan cukai ini? Tidak, selagi hasil jualan mereka tidak mencecah RM500,000 setahun.

#8 Perabot dan Perkakasan Rumah

Mungkin ada lagi barangan perabot yang anda perlukan di rumah di mana pusat jualan perabot yang mempunyai jualan sehingga RM500,000 setahun juga akan dikenakan cukai ini.

#9 Tiket Penerbangan Domestik

Haa, jangan terkejut, ia memang disenaraikan dalam senarai yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam. Maknanya, harga tambang tiket penerbangan akan menjadi sedikit mahal.

#10 Kenderaan

Berkemungkinan harga kereta juga akan naik mendadak pada kadar 10%. Bagi barangan lain selain kereta 10% itu dilihat kecil, tetapi bagi pembelian kereta ia boleh bertambah dalam lingkungan RM3,000-RM100,000 bergantung kepada jenis kereta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat