Sentimen Pasaran Bercampur, GBP/USD Meniti Di Paras Support $1.3100

357

Walaupun hasrat Ukraine untuk tidak menyertai NATO dilihat akan meredakan ketegangan krisis perang bersama Rusia sebelum ini, namun pelabur tetap berwaspada menilai faktor lain yang masih lagi mengancam peningkatan risiko.

Antaranya laporan bahawa Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) kini sedang rancak melaksanakan sekatan ke atas import minyak Rusia. Kerajaan UK memaklumkan akan menghentikan import produk minyak dari Rusia menjelang akhir 2022 ini.

Justeru, mata wang US dolar dan Pound pada dagangan Selasa semalam mendatar dengan kedua-duanya hilang punca dalam suasana pasaran yang kekal tidak menentu.

US dolar kehilangan momentum untuk mengekalkan pengukuhan selepas laporan pekerjaan NFP AS yang diterbitkan penghujung minggu lalu memberangsangkan.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga dilihat bergerak mendatar sepanjang hari meniti di atas paras sokongan 1.31000 yang dicecah pada penurunan Isnin lalu.

Pergerakan harga walau bagaimanapun belum memberikan isyarat untuk perubahan trend sementara harga masih bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD.

Jika penurunan harga tercetus semula, harga yang susut lebih rendah di bawah paras 1.31000 bakal menuju pula ke zon support terbaru pada 1.3000.

Sebaliknya jika harga mula memberi isyarat perubahan trend bullish, kenaikan melepasi paras halangan MA50 akan menguji zon rintangan pada 1.32000 terlebih dahulu.

Kemudiannya, kenaikan lebih tinggi dijangka untuk diteruskan menuju zon SBR (support become resistance) 1.33000 sebelum mencapai zon rintangan minggu lalu pada 1.34000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat