Sentimen Pasaran : Pemain Pasaran Optimis Terhadap Rundingan Perdagangan AS-China!

212

Matawang US dolar mengukuh berbanding matawang utama dalam sesi pembukaan dagangan New York berikutan pasaran optimis dengan rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China. Disisi lain, matawang Euro menyusut ke paras terendah baru.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama menunjukkan pengukuhan sebelum susut sedikit kepada paras 98.510 setakat jam 09.45 p.m.

Kenyataan Presiden AS Donald Trump telah meningkatkan harapan para pelabur terhadap rundingan perdagangan. Beliau telah memberitahu kepada wartawan bahawa dialog antara kedua-dua belah pihak telah berjalan dengan baik dan perjanjian berkemungkinan akan di menterai lebih awal dari jangkaan.

Manakala matawang Euro mencatat paras rendah baru pada tahun ini berbanding US dolar dengan EUR/USD jatuh kepada $1.0923.

Matawang Euro jatuh berikutan kekhuatiran terhadap polisi bank pusat Eropah (ECB) selepas Sabine Lautenschlaeger (Pegawai tertinggi Jerman di European Central Bank (ECB)) mengambil keputusan untuk letak jawatan sebagai tanda protes terhadap keputusan Presiden Mario Draghi mengembalikan semula pelonggaran polisi.

Dalam minggu ini, laporan menunjukkan Indeks komposit PMI zon eropah telah mencatat bacaan terendah pada awal minggu ini. Selain itu, isu Brexit juga menjadi perhatian para pelabur pada ketika ini.

Matawang safe haven pula didagangkan stabil berbanding US dolar pada ketika ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat