Sentimen Pasaran Semasa Menjadikan NZD/JPY Antara Pasangan Matawang Tumpuan

484

Sentimen pasaran semasa yang kekal berisiko memberikan manfaat terhadap matawang Yen untuk terus mengukuh dalam pasaran.

Komen terbaru oleh Presiden Donald Trump yang mengatakan bahawa China melanggar syarat perjanjian perdagangan meningkatkan lagi risiko terhadap sentimen pasaran. Dengan itu, tarikan pelabur akan lebih terarah pada aliran safe-haven yang berpulangan lebih rendah untuk mengurangkan risiko terhadap pelaburan.

Antara padanan yang sesuai dilihat tertumpu pada dagangan pasangan matawang NZD/JPY. Pengukuhan Yen akan lebih memberikan kecenderungan arah harga yang lebih jelas berikutan risiko terhadap dagangan dolar New Zealand.

Kiwi diniagakan lemah selepas Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) pada mesyuarat dasar monetari semalam menetapkan kadar faedah diturunkan ke paras terendah yang baru sekaligus mengejutkan pasaran pada sesi Asia semalam.

Pergerakan volatile harga menunjukkan dagangan NZD menjunam berbanding matawang utama yang lain sebelum harga kembali didagangkan perlahan.

NZD/JPY turut menjunam sekitar 90 pips susulan keputusan mesyuarat bank pusat tersebut dikeluarkan mencecah paras terendah yang baru sekitar 71.840. Namun, harga kembali membuat kenaikan semula sebelum bergerak di sekitar paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Bersambung pada dagangan sesi Asia hari ini, harga sedikit menurun sebelum mendatar di bawah paras Magic Pivot 72.331 hari ini sehingga pembukaan sesi pasaran Eropah.

Harga berkemungkinan akan meneruskan penurunan menuju ke paras support 71.858 (MagicS1) untuk menguji paras terendah dagangan harian yang dicecah semalam.

Penurunan lebih rendah harga bakal mencatatkan paras terendah yang baru dijangka ke paras sekitar support 71.363 (MagicS2) atau lebih rendah lagi mencecah ke paras 70.890 (MagicS3).

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, detinasi tumpuan harga adalah dijangka di paras resistance sekitar 73.299 (MagicR2) yang diuji pada dagangan awal minggu ini.

Lihat gambar chart pasangan matawang NZD/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 71.858, 71.363, 70.890.
Paras resistance: 72.826, 73.299, 73.794.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat