Sentimen & Pergerakan Harga Eur/Usd Setakat Hari Ini

41

Eur/Usd jatuh hampir 100 pip dalam dagangan hari ini dan ketika ini sedang didagangkan di sekitar 1.0663 yang mencatatkan penyusutan 0.82% dari harga penutup Isnin di 1.0748.

Kejatuhan ini telah menyebabkan ‘lower trendline‘ yang menaik ditembusi dalam ‘time-frame‘ empat jam. Pasangan matawang ini melemah selepas ucapan Presiden ECB Mario Draghi semalam.

Beliau berkata ECB tidak akan mengubah rangsangan monetari semasa dalam masa terdekat dengan inflasi masih lagi belum meyakinkan dan pihak mereka bersedia untuk meningkatkan amaun pembelian bon.

Apa yang lebih memberi tekanan kepada matawang Euro ialah perkembangan politik di Perancis berikutan pilihanraya Presiden tidak lama lagi. Calon Presiden Marine Le Pen merancang untuk mengeluarkan Perancis dari Zon-Eropah jika beliau dipilih dan juga berikrar akan melindungi Perancis dari kesan buruk globalisasi.

Jika dilihat dalam ‘pergerkan harga’ minggu lalu ada sedikit isyarat awal yang menunjukkan Eur/Usd hendak melemah dengan ‘pinbar’ yang terbentuk dalam ‘time-frame’ daily pada Khamis.

EU 4-jam
EU daily
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat