Sentimen Risk-Off Buatkan Ekuiti Bercampur Menjelang Bacaan Data AS

169

Prospek pengetatan dasar monetari bank pusat dan kebimbangan pertumbuhan ekonomi membuatkan saham global bercampur tatkala harga minyak serta hasil bon susut.

Perhatian pelabur kini tertumpu kepada bacaan data inflasi pengguna Amerika Syarikat (AS) yang bakal diterbitkan pada malam ini selain situasi peningkatan kes-kes melibatkan varian COVID-19 di Shanghai, China.

Rentetan itu, indeks purata Dow Jones Industrial naik 0.16% sementara S&P 500 hilang 0.15% dan Nasdaq Composite turun 0.13%.

Indeks meluas MSCI Asia-Pasifik saham luar Jepun ditutup lemah 1.04% sementara Nikkei Jepun hilang 1.77%.

Indeks STOXX 600 pan-Eropah naik 0.49% manakala tolok MSCI saham global susut 0.22%.

Ulas Ross Mayfield dari Baird, sentimen risk-off menguasai pasaran menjelang terbitan data inflasi dan diapit jangkaan tindakan susulan oleh Federal Reserve (Fed) dalam melaksanakan kenaikan kadarnya.

Turut tidak dilupakan musim laporan pendapatan oleh JPMorgan Chase & Co, Citigroup Inc dan Wells Fargo & Co yang bermula minggu ini, menambah kegusaran pelabur.

Melihat kepada aliran mata wang, indeks dolar jatuh 0.148% dengan Euro naik 0.12% pada $1.0051 dan Yen kekal di paras terendah lebih 2 dekadnya.

Sungguhpun begitu, greenback masih mengukuhkan peranannya sebagai safe-haven ke paras tertinggi 2 dekad dengan berlatarbelakangkan situasi pasaran yang negatif tatkala Euro merosot ke paras hampir sama dengan dolar.

Dalam pada itu, hasil nota Perbendaharaan 10 tahun turun 3.1 mata asas pada 2.960% selepas mengalami kejatuhan 3% semalaman sementara hasil Perbendaharaan 2 tahun jatuh 3.1% pada 3.039%.

Bagi komoditi, kebimbangan pertumbuhan diapit isu bekalan yang ketat terus membelenggu dagangan minyak.

Menambahkan lagi tekanan buat harga minyak adalah kekuatan dolar AS serta kekangan Covid-19 yang melemahkan permintaan dalam pengimport utama minyak mentah China.

Emas masih stabil dengan spot emas turun 0.4% pada $1,726.89 per auns dan Bitcoin (BTC) jatuh 0.9% pada $19,769.95.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat