Sentimen Risk-Off Gagal Kukuhkan Yen, USD/JPY Bakal ‘Terbang’ Lagi

437

Bersambung sehingga ke sesi dagangan sesi Eropah hari ini, US dolar kekal mengekalkan pengukuhan dengan pilihan pelaburan para pelabur yang beralih ke aset yang lebih selamat berbanding aset yang berisiko.

Data ekonomi Amerika Syarikat (AS) semalam juga diterbitkan baik melibatkan sektor pembuatan dan perkhidmatan. AS dijangka menerima tambahan sokongan fiskal bagi menyokong ekonomi berdepan krisis pandemik.

Pengukuhan US dolar yang ketara menenggelamkan matawang Yen Jepun yang sepatutnya dilihat akan turut mengukuh ekoran berstatus matawang safe-haven.

Namun, pengukuhan Yen terbantut dengan ketidakstabilan ekonomi di Jepun buat masa ini selepas peralihan tampuk pemerintahan susulan pengunduran Shinzo Abe sebagai jawatan Perdana Menteri.

Penggubal dasar bank pusat Jepun juga turut memberi amaran bahawa peningkatan semula penularan Covid-19 berisiko memperlahankan pemulihan ekonomi dan menjejaskan sistem perbankan.

Justeru, walaupun sentimen pasaran berisiko memberi kelebihan terhadap matawang safe-haven, namun terdapat halangan buat matawang Yen untuk mengukuh.

Dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/JPY mempamerkan corak kenaikan harga sejak awal minggu dari paras terendah sekitar 104.00.

Selama kenaikan 3 hari berturut-turut, harga telah mencatatkan kenaikan mingguan sekitar 150 pips ke paras 105.500 pada penghujung sesi New York semalam.

Bersambung pada sesi Asia pagi ini, harga sekali lagi menguji paras 105.00 tersebut yang merupakan zon SBR (support become resistance) namun kembali menunjukkan tanda-tanda penurunan pada awal sesi Eropah.

Dengan corak kenaikan yang berterusan, harga dijangka akan meneruskan kenaikan lebih tinggi pada minggu ini dengan destinasi tumpuan adalah pada zon resistance 106.500 yang diuji pada awal September.

Namun jika penurunan harga berlaku, pantau paras-paras tumpuan harga sebelum ini seperti di paras 104.800 iaitu zon RBS (resistance become support), paras sokongan 104.400 dan seterusnya zon support 104.00.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat