Amaran! Pemulihan Ekonomi Jepun Boleh Terjejas Gara-Gara Covid!

247

Pembuat dasar Bank of Japan (BOJ) memberi amaran bahawa peningkatan dalam pandemik coronavirus boleh memperlambatkan pemulihan ekonomi dan menyebabkan ketidakstabilan sistem perbankan dengan menjejaskan lebih banyak syarikat.

Berdasarkan laporan minit mesyuarat yang diterbitkan pada awal pembukaan sesi Asia, jawatankuasa dasar monetari dilaporkan bersetuju untuk meningkatkan rangsangan sekiranya perlu.

Walau bagaimanapun, keuntungan institusi kewangan yang terjejas akibat pandemik boleh menghalang kemampuan bank pusat untuk meningkatkan pinjaman.

Beberapa pembuat dasar BOJ mengingatkan bahawa Jepun sentiasa perlu berwaspada terhadap kemungkinan peningkatan semula Covid-19 di negara itu setelah menyaksikan lonjakan jangkitan yang cepat di seluruh dunia.

Sekiranya angka jangkitan meningkat semula, pemulihan ekonomi negara akan terbantut. Malah, kesan panjang daripada pandemik boleh mendorong kepada kehilangan pekerjaan, menjejaskan pendapatan dan menjatuhkan penggunaan.

Walaupun BOJ mengekalkan pendekatan dasar monetarinya pada mesyuarat polisi baru-baru ini, namun bank pusat turut menunjukkan kurangnya keyakinan pembuat dasar terhadap unjuran pemulihan ekonomi mereka yang sederhana.

Selain itu, mereka juga memberi penekanan bahawa BOJ perlu terus fokus untuk meringankan tekanan pembiayaan dan berusaha mecapai sasaran inflasi setelah pandemik berjaya dibendung.

Pada mesyuarat polisi sesi September, BOJ telah bersepakat untuk mengekalkan kadar faedah pada -0.10% dan sasaran hasil bon 10 tahun pada 0%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat