Sentimen Risk-Off, Matawang Utama Susut Lebih Rendah

591

US dolar meraih keuntungan pertamanya pada bulan ini berbanding matawang komoditi dan matawang utama lain, ketika para pelabur berhenti untuk mengambil keuntungan.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama meningkat 0.3% kepada 97.02.
Bagaimanapun, berbanding safe-haven yen, US dolar didagangkan lemah disebabkan beberapa faktor. Menjelang mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis, yen meraih pengukuhan berikutan pelabur yang berwaspada terhadap langkah yang akan diambil oleh Federal Reserve (Fed).

Matawang komiditi, dolar Aussie menyentuh paras tertinggi 11 bulan pada awal dagangan sesi Asia hari ini pada $0.704 sebelum kembali susut ekoran ketegangan Australia dan China yang semakin meningkat disebabkan beberapa isu.

Terbaru, China telah menuduh Australia melakukan diskriminikasi kaum terhadap pelajar Asia, di mana Kementerian Pendidikan China memberi amaran bahawa pelajar China harus mempertimbangkan dengan teliti keputusan mereka untuk belajar di Australia.

Sementara kiwi juga menyusut dari paras ketinggian 4 setengah bulan yang dicapai sejak New Zealand membuka semua sekatan selepas negara itu mengisytiharkan ia bebas daripada wabak coronavirus.

Dolar Kanada turut merosot dari paras tertinggi 3 bulan berbanding US dolar, yang mana ia sebelum ini disokong oleh data pekerjaan Kanada yang memberangsangkan dan kenaikan harga minyak.

Selain itu, matawang pound juga mencatat penurunan ke bawah paras harga $1.27 berbanding USD, di tengah-tengah ketidakpastian mengenai rundingan pasca Brexit dan pembukaan semula ekonomi UK.

Euro pula gagal mengekalkan pengukuhannya yang sebelum ini dipacu oleh pakej rangsangan Bank Pusat Eropah (ECB), susulan dagangan US dolar yang kembali menguat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat