Sentimen Terkini Pasaran Forex Menjelang News NFP Malam Ini

605

Pergerakan matawang utama pada Jumaat agak mendatar (sideway) menjelang pengumuman data pekerjaan NFP Amerika Syarikat pukul 8.30 malam ini. Pergerakan semasa dijangka tidak bergerak dalam kadar yang besar kerana peristiwa berisiko data NFP akan diumumkan dalam tempoh kurang daripada empat jam.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain hampir tidak berubah dengan hanya meningkat 0.05% setakat pada pukul 4.17 petang.

Major pair EUR/USD membuat penurunan sebanyak 0.05% dengan GBP/USD jatuh sebanyak 0.11%. USD/JPY pula naik 0.27%, USD/CAD hampir tidak berubah dengan hanya susut 0.02%. USD/CHF membuat kenaikan sebanyak 0.11%. AUD/USD dan NZD/USD masing-masing membuat penurunan 0.25% dan 0.13% setakat ini.

Matawang paling kuat setakat ini adalah CAD dan USD, manakala matawang paling lemah adalah Yen. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair USD/JPY naim sebanyak 0.28% dengan CAD/JPY naik sehingga 0.32%.

Seperti yang kita tahu, Presiden Trump pada Khamis telah menetapkan bahawa Kanada, Mexico dan Kesatuan Eropah (EU) akan dikenakan cukai keluli dan aluminium bermula pada hari ini. Ini adalah tindakan terbaru Amerika selepas mengenakan tariff $50 billion kepada import daripada China. Kesemua negara ini telah mengatakan mereka akan membalas semula tindakan tersebut dengan pengenaan cukai terhadap import barangan dari Amerika Syarikat.

Tumpuan pasaran ketika ini adalah kepada tiga perkara, pertama sekali adalah data NFP pada malam ini, kedua adalah perang perdagangan global dan ketiga perkembangan baru politik Eropah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat