Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Dagangan Asia

437

US dolar mengukuh berbanding enam matawang utama berikutan kejatuhan matawang yen dan data ekonomi A.S yang positif menunjukkan pertumbuhan dalam ekonomi A.S.

Indeks US dolar mengukuh berbanding enam matawang utama sebangak 0.57% mencapai paras harga 89.70 dan indeks US dolar kelihatan sedikit side way pada ketika ini setakat jam 10.00 pagi.

Data Produk domestik kasar (GDP) (qoq) meningkat pada kadar tahunan sebanyak 2.9% dalam tempoh Oktober-Disember. Berdasarkan Jabatan Perdagangan data pada hari Rabu, mengatasi data anggaran sebelum ini iaitu pada 2.5%, dan jangakan pakar ekonomi yang menjangkakan kenaikan sebanyak 2.7%.

CIBC berkata data pertumbuhan ekonomi yang baik ini didorong oleh peningkatan perbelanjaan pengguna kepada 4.0% daripada 3.8%.

Sementara itu, penjualan rumah A.S. meningkat untuk pertama kalinya dalam tempoh tiga bulan pada bulan Februari, namun bekalan yang terbatas dijangka meningkatkan lagi momentum pembelian.

Menurut National Association of Realtors meningkat 3.1% kepada 107.5 pada bulan Februari.

Kemerosotan dalam matawang Yen kerana kebimbangan dari skandal hartanah yang melanda perdana menteri Jepun Shinzo Abe telah mendorong pengukuhan US dolar.

Nobuhisa Sagawa, berkas biokrasi kementerian kewangan Jepun, mengatakan tidak menerima sebarang pesanan dari Abe dan isterinya, Akie Abe, menteri kewangan Taro Aso atau mana-mana pembantu perdana menteri untuk mengubah dokumen mengenai penjualan tanah awam.

Pari USD/JPY membuat penurungan sebanyak 0.18% kepada paras harga 106.66 setakat jam 10.00 pagi

Pair EUR/USD pada awal pagi khamis sekitar pukul 2.00 pagi menurun sebanyak 0.56% kepada paras harga 1.2334 dan mencapai paras harga 1.2321.

Pari GBP/USD merudum sebanyak 0.44% dari pukul 2.00 pagi Khamis dan kini mencapai kepada paras 1.4070.

USD/CAD menaik sebanyak 0.09% kepada paras harga 1.2929 dilihat daripada kelemahan harga minyak dan ketidakpastian yang berkaitan dengan NAFTA.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat