Sentimen Terkini Pasaran Pada Akhir Sesi Dagangan Minggu Ini

446

Matawang Euro bergerak di sekitar paras terendah satu minggu yang lalu berbandings US dollar pada Jumaat selepas Suruhanjaya Eropah mengkritik bajet kerajaan Itali sekaligus menimbulkan kebimbangan politik di Eropah.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain membuat kenaikan 0.06% setakat pada pukul 10.24 pagi.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan 0.03%, di mana GBP/USD didagang meningkat 0.03%. USD/JPY pula naik 0.15%, dengan USD/CAD didagang 0.12% lebih rendah. USD/CHF pula didagang meningkat 0.13%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing mencatat kenaikan 0.03 dan 0.12% setakat ini.

Kritikan Suruhanjaya Eropah dalam surat kepada Menteri Ekonomi Itali, Govannti Tria berbunyi: perancangan perbelanjaan itu terlalu tinggi, struktur defisit kesan kitaran-perniagaan akan meningkat, bukannya jatuh dan hutang awam Itali tidak akan berkurang mengikut peraturan Kesatuan Eropah.

Hal ini telah menimbulkan kebimbangan kepada ketegangan politik antara pihak kepimpinan tertinggi EU dengan Itali, yang telah menyebabkan kejatuhan matawang Euro pada Khamis.

“Kejatuhan Euro disebabkan ketegangan politik di Zon-Eropah,” demikian kata Sim Moh Siong strategist matawang di Bank of Singapore.

Dalam masa yang sama, pedagang melihat Sterling juga tertekan dengan perhimpunan EU-UK gagal mencapai kata putus dalam isu Brexit.

Perdana Menteri Theresa May pada Khamis berkata cadangan EU terhadap sempadan Ireland tidak dapat diterima.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat