Sentimen Terkini Pasaran : Saham Global Terus Tertekan, Wallstreet Jatuh Sehingga 2%

531

Saham global meneruskan kejatuhan pada Selasa apabila ketiga-tiga indeks saham utama di Wallstreet merekodkan kejatuhan sehingga 2.0% pada Isnin. Nampaknya, pasaran begitu bimbang dengan ketegangan perdagangan yang berlanjutan ketika ini sehingga menyebabkan pelabur mengelak daripada aset-aset berisiko seperti pegangan saham syarikat.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain naik 0.03% setakat pada pukul 2.49 petang.

Major pair  seperti EUR/USD setakat ini susut 0.08% dengan GBP/USD jatuh 0.10%. USD/JPY setakat ini membuat penurunan sebanyak 0.09%, USD/CAD pula hampir tidak berubah dengan hanya susut 0.04% dengan USD/CHF naik 0.09%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing membuat penurunan sebanyak 0.05% dan 0.33% setakat ini.

Matawang paling kuat setakat ini adalah JPY (Yen), manakala matawang paling lemah adalah, NZD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair NZD/JPY merekodkan penurunan 0.32%. Pair JPY yang lain seperti AUD/JPY, USD/JPY dan EUR/JPY masing-masing susut 0.12%, 0.05% dan 0.14%.

Matawang Yen masih mendahului matawang utama yang lain sebagai matawang paling kuat disebabkan kebimbangan pasaran terhadap risiko perdagangan. Ketegangan perang dagang telah meningkatkan permintaan terhadap aset selamat seperti Yen.

Kesan isu perdagangan khususnya dalam soal tariff bukan hanya menekan indeks saham Amerika Syarikat, China dan Eropah, tetapi juga keseluruhan pasaran global termasuk Asia khususnya Asia Tenggara.

Paling terkesan adalah kaunter-kaunter teknologi berikutan tindakan Presiden Trump yang mahu sektor teknologi di Amerika Syarikat dilindungi daripada pelaburan China. Trump mahu hanya 25% pemilikan China terhadap syarikat teknologi di negara itu untuk menghalang China mencapai matlamat barangan “Made In China 2025”.

Bukan itu sahaja, perbalahan perdagangan dengan China telah menaikkan satu lagi isu perdagangan di mana Kesatuan Eropah juga mengancam tariff terhadap kereta import dari Amerika Syarikat.

“Retorik perdagangan yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat akan mula memberi impak kepada ekonomi dengan memburukkan sentimen pelabur dan mengurangkan perbelanjaan modal oleh syarikat korporat,” kata Masahiro Ichikawa, penganalisis di Sumitomo Mitsui Asset Management.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat