Sentimen Ujian Peluru Berpandu Tidak Memberi Kesan Ketara, Saham Asia dan Malaysia Melonjak Naik

70

 

Saham Global

Saham Asia dibuka tinggi dalam sesi dagangan Asia selepas Wall Street merekod prestasi cemerlang walaupun dihimpit dengan sentimen kemajuan potongan cukai.

Wall Street mencecah rekod tertinggi pada Selasa didorong pengukuhan saham perbankan, berikutan pelabur memanfaatkan data keyakinan pengguna dan ulasan calon yang akan menerajui Rizab Persekutuan.

Jerome Powell, yang dinamakan Presiden Donald Trump sebagai pengganti Janet Yellen untuk mempengerusikan Rizab Persekutuan, mempertahankan keperluan melonggarkan syarat dalam sektor kewangan dalam testimoni di hadapan jawatankuasa Senat.

Pada hari ini, pelancaran ujian peluru berpandu oleh Korea Utara tidak memberi kesan kepada pasaran. Presiden Donald Trump berjanji akan mengurusakn isu Korea Utara ini.

Indeks meluas saham MSCI Asia Pasifik di luar Jepun meningkat sebanyak 0.1% dalam pembukaan dagangan. Nikkei Jepun juga naik sebanyak 0.5% dan Indeks Australia meningkat 0.7%.

Pada ketika ini tumpuan diberikan kepada sentiman potongan cukai. Menurut pakar ekonomi, Jeremy Lawson, potongan cukai itu akan mendorong peningkatan permintaan dan seterusnya menjana ekonomi.

Saham Malaysia

Semalam Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan indeks utama susut kepada paras terendah dalam tempoh sembilan bulan, berikutan sentimen pasaran yang lemah mengekang minat pelabur untuk mengambil risiko di peringkat serantau.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada 1,714.42, susut 5.44 mata daripada 1,719.86 semasa ditutup semalam.

Sentimen di pasaran Asia masih dipengaruhi oleh jualan besar-besaran saham China yang berterusan, berikutan pelabur meneliti kesan daripada garis panduan baharu untuk mengurangkan risiko dalam perniagaan pengurusan aset negara.

Pada hari ini, Bursa Malaysia melonjak naik daripada kejatuhan semalam dan dibuka lebih tinggi dalam sesi dagangan Asia berikutan sentimen positif global.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.73 mata pada 1,715.15 daripada 1,714.42 penutup Selasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat