Sentimen Yang Menghantui Matawang Utama Dalam Sesi Ini!

59

US dollar merosot kepada paras terendah dalam tempoh dua bulan berbanding matawang utama yang lain kerana kebimbangan terhadap program rangsangan fiskal Amerika Syarikat. Kebimbangan ini berleluasa sejurus selepas kegagalan Presiden Donald Trump meraih undi majoriti bagi menggantikan program penjagaan kesihatan Obamacare.

Kegagalan ini juga menimbulkan keraguan sama ada dia dapat membuat pembaharuan cukai dan pakej perbelanjaan besar-besaran yang telah dirancang sejak kempen lagi.

Memetik kenyataan Shin Kadota, ahli strategi kanan di Barclays, kebimbangan terhadap pentadbiran Trump ini timbul sejak kegagalan beliau terhadap undang-undang penjagaan kesihatan sehingga menyebabkan tekanan yang agak berat terhadap US Dollar.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding matawang utama yang lain, kali terakhir dinilai menurun sebanyak 0.04 peratus kepada 99.258, nilai yang terendah sejak 2 Februari.

Indeks ini telah meningkat kepada nilai tertinggi dalam tempoh 14 tahun apabil jangkaan terhadap rangsangan ketara oleh Trump sedang berada di puncak.

Berbanding Yen, US Dollar menjunam lebih satu peratus kepada 110.260.

USD/JPY, 30 minit

Terdahulu dalam sesi ini, Euro mencecah tahap yang tertinggi sejak 8 Disember.

Berbanding matawang gergasi, Pound juga meningkat sebanyak 1.2 peratus kepada $1,2527 selepas menjunam dalam sesi sebelum ini kerana pelabur dilihat sedang bersiap sedia sebelum Britain memulakan proses rasmi untuk meninggalkan Kesatuan Eropah minggu ini.

GBP/USD, 30 minit

Dalam sesi ini juga, Dollar Australia dinilai stabil, manakala Kiwi melonjak sebanyak 0.2 peratus kepada $0.7046.

AUD/USD, 30 minit

Adakah Percaturan Yang dibuat Oleh Theresa May Ini Benar-Benar Tepat?

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat