Seoul Buka Tawaran Projek Bandar Metaverse Kepada Orang Awam

77

“Bagus macam ni, bukan je jimat duit tapi tak payah naik kapal terbang kalau nak melawat Seoul.”

Setiap hari semakin ramai pelancong tertarik untuk melawat ke negaranya, kali ini kerajaan Metropolitan Seoul mengambil peluang melancarkan projek Metaverse Seoul yang membenarkan rakyatnya mengakses perkhidmatan bandar dalam dunia maya.

Pengujian beta untuk projek Metaverse Seoul adalah antara sebab kerajaan negara tersebut secara pantas mengumumkan pelancaran fasa pertamanya terhadap metaverse, ulas Datuk Bandar Seoul Oh Se-hoon.

Tambahnya lagi, perkembangan yang dilaksanakan itu akan wujudkan pelbagai manfaat kepada pelancong atau rakyat Korea Selatan seperti memberi peluang kepada mereka untuk berkomunikasi, melawat tempat menarik Seoul, mengakses dokumen rasmi atau memfailkan aduan dalam metaverse.

Perbelanjaan yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk fasa pertama projek metaverse tersebut adalah sebanyak 2 bilion won bernilai $1.6 juta.

Diselusuri pula dengan fasa kedua yang menjadikan Metaverse Seoul mudah diakses oleh warga emas menghadapi rintangan ulang-alik ke pejabat bandar, di mana pada tahun 2022 lebih 17% penduduk Korea Selatan adalah berusia 65 tahun.

Dilaporkan juga bahawa Korea Selatan yang mempunyai kelajuan sambungan internet terpantas di dunia sejak dahulu lagi telah meneroka dengan lebih mendalam tentang metaverse dan penggunaan teknologi blockchain.

Jika diperhatikan, bandar Busan rancang tubuhkan syarikat exchanger mata wang kripto dengan hasil kerjasama FTX, namun hasratnya gagal apabila FTX memfailkan bankrap.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat