Sepanyol Membatalkan Autonomi Catalonia, Pilihanraya Diadakan Pada Disember

63

Pada hari Jumaat dan Sabtu lepas, Presiden Catalonia, Carles Puigdemont bersama dengan parlimen Catalan mengisytiharkan kemerdekaan daripada Sepanyol melalui sebuah pungutan suara yang dibuat secara sulit, walaupun selepas mahkamah negara itu memutuskan undi pungutan suara (referendum) yang diadakan sebelum ini, tidak sah.

Dalam undian tersebut, seba­nyak 70 undi menyokong kemerdekaan, dengan 10 lagi menolak dan dua kertas undi kosong.

Selepas parlimen Catalan mengumumkan ‘kemerdekaan’, ribuan aktivis pro-kemerdekaan turun di jalanan dan bersorak-sorak di Barcelona.

Sejurus selepas itu juga, Perdana Menteri Mariano Rajoy mengumumkan mesyuarat tergempar berikutan pengisytiharan kemerdekaan oleh Catalonia.

Tidak sampai beberapa jam warga Catalonia meraikan kemerdekaan mereka, Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy bertindak drastik dengan menyingkirkan pemimpin Carles Puigdemont dan membubarkan Parlimennya susulan pengisytiharan tersebut.

Dalam masa yang sama beliau turut menetapkan tarikh 21 Disember ini untuk pilihan raya diadakan di rantau berkenaan (Catalonia).

Beberapa negara Eropah termasuk Jerman, Perancis dan U.S juga membantah deklarasi kemerdekaan tersebut dan mendukung tindakan Rajoy. Bahkan Kesatuan Eropah (EU) juga tidak mengiktiraf pengisytiharaan tersebut seperti yang diucapkan oleh Presiden Parlimen Eropah, Antonio Tajani yang menegaskan ti­ada mana-mana pihak yang akan mengiktiraf kemerdekaan wilayah itu.

Pada 29 Oktober, hampir sejuta penduduk berhimpun berarak selepas kuasa autonomi Catalonia digugurkan. Kebanyakkan mereka menyuarakan agar Carles Puigdemont dipenjara.

Namun terdapat beberapa sumber yang menyatakan bahawa Belgium mempertimbangkan untuk menawarkan beliau mendapat suaka politik di negara tersebut.

Walaubagaimanapun, kerajaan Sepanyol membolehkan Puigdemont untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya yang akan diadakan nanti pada bulan Disember tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat