Serba Dinamik Buat ‘Counter Attack’ Terhadap SC

4,268

‘Bak kata pepatah, pantang berundur sebelum berjuang.’

Selepas beberapa kali dihimpit dari pelbagai penjuru, kini giliran Serba Dinamik Holdings Bhd pula mempersoalkan motif dakwaan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) terhadap kenyataan palsu dalam pemfailan mahkamah bertarikh 7 Februari 2022.

Sebagai konteks, SC pada Disember lalu telah mendakwa pengarah dan pegawai Serba Dinamik atas tuduhan mengemukakan kenyataan palsu kepada Bursa Malaysia di bawah Seksyen 369(a)(B) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).

Selain itu, SC juga peroleh waran tangkap terhadap Ketua Pegawai Eksekutif syarikat dan Pengarah Urusan kumpulan, Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah.

Ekoran daripada itu, Serba Dinamik berhujah bahawa SC sepatutnya kemukakan bukti bagaimana kenyataan yang dihantar tersebut adalah palsu seperti yang didakwa.

Hujahnya, SC perlu menyediakan dokumen yang menunjukkan bagaimana catatan berjumlah RM6.014 bilion yang dimasukkan dalam laporan syarikat boleh dikatakan palsu.

Perkara yang diketengahkan oleh Serba Dinamik adalah mengapa laporan suku ke-4, yang berakhir 31 Disember 2020 menjadi tumpuan utama sedangkan keputusan suku ke-4 adalah hasil pengumpulan dari suku pertama sehingga ke3 tahun kewangan 2020.

Tambahan lagi, syarikat minyak dan gas tersebut turut mendakwa SC telah mengancam kakitangan syarikat dengan menawarkan mereka untuk menjadi saksi terhadap firma dan pengurusan.

Terangnya, SC telah memanipulasi kakitangan Serba Dinamik dengan menyatakan bahawa mereka tidak akan didakwa andai menerima tawaran yang dikemukakan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat