Setelah Menjunam Minggu Lalu, AUD/USD Nantikan Impak FOMC & Data Pekerjaan Australia

169

Kebanyakan mata wang utama dalam pasaran di awal minggu ini dilihat masih menyerap tekanan pengukuhan oleh raja mata wang US dolar susulan reaksi terhadap data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada minggu lalu.

Dolar Australia antara yang mempamerkan penyusutan ketara berbanding US dolar seperti yang terpapar pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD.

Selain mesyuarat FOMC yang akan menjadi tumpuan minggu ini yang akan memberi kesan terhadap US dolar, laporan data pekerjaan Australia akan diberi perhatian yang akan mempengaruhi pergerakan dolar Aussie.

Meneliti pergerakan harga pada carta AUD/USD minggu lalu, harga telah mempamerkan corak perubahan trend bearish yang jelas di penghujung minggu selepas bergerak mendatar pada mulanya di awal minggu.

Dengan zon rintangan pada 0.72300 menjadi penghalang untuk harga membuat kenaikan, harga kemudiannya telah susut melepasi zon sokongan harga pada 0.71800 pada Khamis lalu.

Penurunan harga menguji dahulu zon tumpuan pada 0.71000 sebelum sedikit kenaikan dilihat pada sesi Asia bersambung ke sesi Eropah pada Jumaat sebelum penurunan terus gagal dibendung lagi.

Harga menyambung penyusutan lebih rendah di bawah zon 0.71000 tersebut sehingga mencecah ke sekitar 0.70400 pada sesi terakhir minggu lalu.

Bersambung pada pembukaan dagangan pasaran di awal minggu ini pula masih menyaksikan harga meneruskan penurunan dengan paras terendah terbaru yang dicecah pada sesi Asia adalah pada paras 0.7000.

Pergerakan harga kekal bearish bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang menjadi antara petunjuk buat pelabur.

Penurunan dijangka akan berterusan jika US dolar kekal mengukuh dan mendorong harga mencatatkan paras terendah terbaru 4 minggu dengan sasaran pada sekitar 0.69000.

Namun jika harga kembali pamerkan lonjakan semula, rintangan yang dilihat akan menjadi sasaran awal bakal diuji harga adalah pada 0.71000 sebelum kenaikan melepasi zon tersebut akan memberi isyarat perubahan trend.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat