Shiba Inu (SHIB) Meroket Lebih 146%, Bakal Jadi ‘Pembunuh’ Dogecoin!

5,218

Perhatian beralih kepada matawang kripto Shiba Inu (SHIB) selepas penyenaraiannya di Binance sekitar jam 7 petang semalam.

SHIB menyaksikan pergerakan harga yang positif sejak 7 Mei. Berdasarkan rekod harian, matawang itu melonjak 146.3%, mengatasi prestasi Dogecoin (DOGE).

Ditambah pula dengan penyenaraiannya di Binance telah membawa harga SHIB ke paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $0.00005000.

Bagaimanapun, CEO Binance, Changpeng Zhao ada memuatnaik kicauan di laman Twitter, berkongsi pandangannya mengenai SHIB: “Terdapat segelintir menyuarakan kebimbangan dengan penyenaraian SHIB. Rekod menunjukkan peningkatan mendadak terhadap SHIB sehingga kami kehabisan alamat deposit ETH. Ia tidak pernah berlaku.”

Tambahnya lagi, dia tidak menggalakkan pelaburan SHIB kerana risiko yang tinggi, “NFA” – Not Financial Advice.

Dibangun menggunakan ERC-20, token ini sebelumnya boleh didapati di platform desentralisasi (DEX), Uniswap.

Walaupun diinspirasikan oleh anjing Jepun, shiba inu sama seperti Dogecoin, kedua-duanya dilihat bersaing sengit lagi-lagi selepas harga DOGE susut mendadak selepas penampilan Elon Musk di SNL.

Adakah SHIB bakal membunuh DOGE? Tiada siapa yang tahu kerana SHIB setakat ini masih belum ada sokongan yang kukuh selain daripada komuniti yang besar dan dioperasikan di rangkaian Ethereum, berbeza DOGE yang dihypekan oleh Musk, Snoop Dog dan Mark Cuban.

Ketika penulisan, SHIB didagangkan pada $0.00003383, meningkat lebih 139% dalam 24 jam. Manakala DOGE bernilai $0.459, susut lebih 17%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat