Siapakah Golongan M40, B40 Yang Selalu Digunakan Dalam Ulasan Belanjawan Negara?

3,297

Menjelang bajet 2019 pada minggu hadapan, saya ingin menerangkan sedikit klasifikasi pendapatan yang selalu digunakan oleh pengulas bajet belanjawan negara.

Rakyat Malaysia dikategorikan kepada tiga kumpulan pendapatan yang berbeza iaitu
Top 20% (T20), Pertengahan 40% (M40), dan Bawah 40% (B40). Saban tahun pendapatan setiap kumpulan telah meningkat dan ini merupakan salah satu indikator pertumbuhan ekonomi yang baik. Inilah definisi terbaru untuk T20, M40 dan B40 berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pada Oktober 2017.

Untuk berada di dalam kumpulan T20, pendapatan isi rumah perlu memperoleh sekurang-kurangnya RM13,148 sementara kumpulan M40 sekurangnya RM6,275 dan B40 sekurangnya RM3,000.

Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengeluarkan laporan yang dinamakan Suruhanjaya Pendapatan dan Kemudahan Kemudahan Rumah Tangga 2016. Dalam laporan itu, menyatakan bahawa pendapatan isi rumah median bagi T20, M40 dan B40 telah menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) lebih banyak daripada 6%.

Di samping itu, pendapatan bulanan rumah tangga Malaysia melepasi paras RM5,000 untuk kali pertama tahun lepas, dengan isi rumah M40 mencatat pertumbuhan tertinggi dalam pendapatan median, menurut Jabatan Perangkaan.

Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor mengungguli tiga teratas median pendapatan tertinggi di Malaysia dengan pendapatan isi rumah sebanyak RM9,073, RM8,275 dan RM7,225.

Manakala Kelantan, Kedah dan Pahang pula berada pada tahap median pendapatan terendah untuk isi rumah dengan nilai RM3,079, RM3,811 dan RM3,979.

Namun harus diingat kenaikkan median pendapatan ini juga tidak selari dengan kenaikkan inflasi yang tinggi pada sektor makanan khususnya yang boleh dikatakan kebanyakkan pendapatan golongan B40 memperuntukkan sebahagian besar pendapatan mereka dalam perbelanjaan makanan ruji.

Topik berkenaan inflasi kita akan bincangkan pada artikel akan datang.

.

.

P/S: Jika anda berminat untuk membuka akaun saham, anda boleh menghubungi saya di facebook untuk bantuan pembukaan akaun saham di Maybank Investment Bank Dataran Bangsar. Saya merupakan seorang Remisier saham yang bertauliah disini. Tuan/puan boleh follow Facebook saya disini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat