Siasatan Masih Berjalan Terhadap Isu E-mel Clinton!

31

Dalam perkembangan terbaru mengenai e-mel kontroversi milik bekas Setiausaha Negara Hillary Clinton, mahkamah rayuan pada Selasa memerintahkan mahkamah rendah mendapatkan semula e-mel berkenaan.

Clinto yang juga parti demokratik sebelum ini dikatakan menggunakan server e-mel peribadi di rumahnya yang terletak di New York bagi mengendalikan e-mel Jabatan Negara. Beliau menyerahkan sejumlah 55,000 e-mel kepada pegawai AS bagi urusan siasatan kes berkenaan sementara menyimpan kira-kira 30,000 lagi e-mel kerana mendakwa kesemua e-mel berkenaan bersifat peribadi dan tidak berkaitan dengan kerja.

Kes berkenaan itu juga telah menjatuhkan reputasi Clinton dalam pilihanraya November lepas. Trump juga menegaskan bahawa dia akan mendakwa Clinton sekiranya beliau dipilih untuk menjadi presiden. Namun, Trump tidak menunjukkan minat beliau untuk meneruskan siasatan terhadap penggunaan e-mel ini selepas memenangi jawatan Presiden.

Walaupun Jabatan Negara dan Arkib Negara telah mengambil langkah-langkah untuk mendapatkan semula e-mel daripada Clinton, mereka tidak meminta Peguam Negara AS untuk mengambil tindakan penguatkuasaan. Tetapi dua kumpulan konservatif telah memfailkan tindakan undang-undang agar kes berkenaan terus disiasat.

Montei Dei Paschi dijangka Mendapat 33% Dari Pakej Bantuan Kerajaan Itali

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat