Singapura Menjadi Pelabur Asia Terbesar Dalam Hartanah U.S.

355

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh bloomberg, Singapura kini telah mengatasi China dan menjadi pelabur terbesar Asia dalam pasaran hartanah US pada tahun lepas.

Sejak tahun 2012, pasaran hartanah US dipelopori oleh China. Pelaburan China jatuh menjunam sebanyak 66% kepada $5.9 billion berikutan tindakan kerajaan yang menghadkan aliran modal keluar.

Menurut Priyaranjan Kumar, pengarah eksekutif pasaran modal Asia Pasifik, ” Kami menjangkakan Singapura akan terus menjadi sumber terbesar pelaburan Asia dalam pasaran hartanah US.”

Berdasarkan data, pelaburan negara Asia terdiri sebanyak $9.5 billion, 3/4 adalah terdiri daripada pembelian oleh Singapura. Pelaburan hartanah termasuk bangunan Wall Street di Manhattan.

Pelaburan Singapura dalam hartanah komersial global meningkat sebanyak 40% kepada $28.4 billion, mengatasi rekod bacaan pada bulan 2015.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat