Siri Lonjakan Harga USD/CAD Bakal Dihadkan Oleh Kenaikan Semula Harga Minyak Mentah

174

Amaran terbaru oleh organisasi negara pengeksport petroleum (OPEC) telah membendung kejatuhan berterusan harga minyak mentah dalam pasaran.

Sebelum ini, harga minyak alami penurunan setelah pengumuman pelepasan bekalan rizab minyak termasuk Amerika Syarikat (AS) yang didorong oleh konflik Rusia-Ukraine.

Namun OPEC telah memberi amaran pada awal minggu bahawa sukar untuk menggantikan minyak Rusia yang terkesan oleh sekatan Barat.

Menurut OPEC, bekalan minyak akan mengalami gangguan susulan langkah sekatan ke atas Rusia dan sukar untuk mengimbangi pengeluaran yang mencukupi.

Dolar Kanada menerima kesan positif dengan pengukuhan yang dipaparkan pada dagangan Selasa semalam yang sensitif terhadap sentimen pasaran minyak semasa.

Pada carta harga USD/CAD, harga yang sebelum ini meneruskan kenaikan di atas paras rintangan 1.26000 telah menyentuh paras ketinggian pada 1.26600.

Namun harga susut semula ke zon 1.26000 susulan pengukuhan dolar Kanada yang memberi reaksi terhadap peningkatan semula harga minyak semalam.

Menyambung dagangan sehingga penghujung sesi New York dan bersambung di sesi Asia pagi ini, harga kembali berlegar semula di atas zon 1.26000 tersebut.

Penurunan harga juga berkemungkinan terhad ekoran faktor jangkaan pengukuhan US dolar yang akan berterusan selepas data inflasi AS diterbitkan ke paras ketinggian terbaru lagi semalam.

Pelabur masih menantikan isyarat lebih jelas untuk penurunan lanjut harga ekoran masih terdapat petunjuk untuk harga bergerak dalam trend bullish yang disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD.

Sekiranya kenaikan harga masih berjaya diteruskan, zon sekitar 1.26800 dilihat akan menjadi tumpuan untuk diuji harga selepas kenaikan mengatasi paras ketinggian dicapai semalam.

Kenaikan lebih tinggi boleh mensasarkan sehingga ke paras 1.27800 sekiranya US dolar mengekalkan pengukuhan berbanding dolar Kanada.

Namun jika harga terus menjunam lebih rendah di bawah zon 1.26000, zon sekitar 1.25500 akan diuji terlebih dahulu sebelum penurunan seterusnya boleh mencecah ke paras 1.25000.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat