Solana Digodam $12 Juta! Adakah Ini Petanda Malang Buat Pelabur?

200

Solana (SOL) terpalit pula dengan isu penggodaman pada salah satu protokol DeFi terbesarnya selepas berperang untuk pulihkan kembali prestasi mereka daripada krisis FTX yang telah memberi gegaran kepada pasaran kripto.

Seorang individu dikenalpasti telah menggodam protokol SOL DeFi Raydium dan bertindak mengalirkan liquidity pools Raydium, dimana secara umumnya protokol itu membenarkan pengguna memperoleh token melalui pertukaran sesuatu aset digital.

Walaupun kejadian berikut masih tidak jelas, penggodam tersebut dilaporkan telah mencuri SOL bernilai $1.6 juta dan beberapa aset digital sekitar $2.2 juta melalui kunci peribadi pemilik protokol Raydium.

Aktiviti penggodaman itu terjadi selepas beberapa wallet milik FTX telah dilesapkan sekitar $650 juta berikutan kemusnahan syarikat exchanger kripto tersebut pada bulan lepas.

Suka dimaklumkan juga bahawa Raydium termasuk protokol lain telah memutuskan kerjasamanya bersama Solana Serum berikutan terdapat khabar yang mengatakan bahawa co-founder mereka adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FTX, Sam Bankman-Fried.

Rentetan itu, Raydium ingin memulakan projek baharu tanpa mempunyai kaitan dengan FTX sungguhpun Serum tersebut telah disepadukan dengan setiap projek utama SOL DeFi.

Antara kesan yang dihadapi SOL disebabkan penggodaman itu adalah apabila komunitinya berpusu-pusu untuk keluar daripada Raydium yang merupakan antara protokol kewangan decentralized terbesar SOL.

Selain daripada itu, harga token Raydium (RAY) turut menerima tempias dengan junaman melebihi 8% pada zon $0.15 sementara jumlah nilai yang dikunci pada protokolnya susut sebanyak 27% pada paras $34.73 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat