Solana (SOL) Paling Unggul, Tetapi Ethereum Ialah MS-DOS Bagi Kontrak Pintar!

344

Satu eksperimen yang dijalankan oleh Dragonfly Research mendapati platform desentralisasi (DEX), Orca di Solana merupakan pemenang mutlak bagi kategori penggerak pasaran automatik (AMM).

AMM merujuk kepada DEX: Uniswap, PancakeSwap, Orca, 1inch, BakerySwap – mana-mana platform yang menawarkan pertukaran token di rangkaian.

Difahamkan Orca mampu menangani sebanyak 273.34 dagangan per saat dan mencipta blok baharu bagi setiap 590 milisaat.

Manakala PancakeSwap yang berada di BNB Smart Chain tidak terlalu jauh dari rekod Orca dengan pencapaian 194.6 dagangan per saat, diikuti QuickSwap (Polygon), Trader Joe (Avalanche), UbeSwap (Celo), dan Uniswap (Ethereum).

Sementara itu, pengkaji daripada Dragonfly Research yang dikenali sebagai ‘GM’ berpendapat jika pengguna mahukan rangkaian yang memiliki prestasi tinggi, fungsi Ethereum Virtual Machine (EVM) perlu diabaikan walaupun tidak dinafikan banyak rangkaian menyokong kebolehan tersebut.

Jelasnya, lambat laun pada masa akan datang pengguna tidak akan mencari manfaat EVM kerana rangkaian layer-1 (lapisan-1) akan mendahului teknologi itu.

Pada masa yang sama, GM menyifatkan Ethereum sebagai ‘MS-DOS’ bagi sistem pengoperasian kontrak pintar.

Tetapi blockchains pada era kini sebenarnya masih lagi setara dengan era Windows 95.

Sebenarnya kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk membuat perbandingan kadar penghasilan blockchain dengan menghitung seberapa banyak pertukaran per blok boleh dilakukan di AMM.

Ketika Uniswap menjadi penanda aras berdasarkan rekod 18.38 transaksi per saat dan 13.2 saat per blok baharu, diikuti dengan jumlah transaksi di AMM ini mencapai $1.6 bilion bagi 7 hari, Solana masih menjadi rangkaian terpantas.

Pun begitu, GM menekankan tidak boleh bergantung kepada rekod tersebut kerana melalui pengenalan pengoptimuman baru di mana-mana rangkaian akan mengubah keputusan kajian ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat