Solana (SOL) Terus Kecundang! Ada Harapankah Untuk Bangkit?

642

Solana (SOL) pamerkan prestasi mendukacitakan dengan penyusutan hampir 40% pagi ini dari rekod paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $260.10 pada 6 November.

Pun begitu, aktiviti di rangkaian Solana masih menunjukkan pengukuhan. Sebagai rekod, sebanyak 80.78%  daripada bekalan SOL dimiliki oleh 173 wallets.

Secara tidak langsung, ini menunjukkan jumlah transaksi, wallet, dan kos transaksi berada di paras tertinggi walaupun harga SOL menyeksakan jiwa pelaburnya.

Apa yang berlaku?

Tidak pasti di manakah penyumbang utamanya selain penyusutan harga Bitcoin (BTC), tetapi ia boleh dikaitkan dengan insiden serangan DDOS tempoh hari, menyebabkan rangkaian itu berhadapan dengan isu pemprosesan transaksi.

Difahamkan rangkaian Solana ‘sesak’ dengan lambakan transaksi hingga menyebabkan beberapa transaksi yang dilakukan penggunanya gagal dan menjadi perlahan.

Pengasas bersama Solana, Raj Gokal menjelaskan hal sebenar melalui satu twit berantai di Twitter:

SolChicks menjelaskan ralat itu berpunca daripada penawaran DEX awal (IDO) NFT Chicks yang berlangsung pada 13 Disember.

Dikatakan sekitar 10,000 pengguna cuba untuk membeli NFT Chicks hingga DEX Raydium milik Solana terganggu. Dengan jaminan rangkaian Solana mampu menampung 50,000 transaksi per saat (TPS), sebaliknya pada hari tersebut Solana hanya boleh memproses 1,000 TPS.

Jadi, tidak hairanlah kenapa Solana dikritik pada hari kejadian. Aduhai.

Sementara itu, Solana Ventures baru sahaja mengumumkan kolaborasi bersama Forte dan Griffin Gaming Partners untuk melabur sebanyak $150 juta terhadap permainan Web3 yang dibangunkan di rangkaian Solana.

Ketika penulisan artikel, SOL didagangkan pada $159.55, meningkat lebih 3% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat