Rangkaian Solana tidak bernasib baik apabila berhadapan dengan serangan penafian perkhidmatan tersebar (distributed denial of service, DDoS) sejak jam 11 malam tadi waktu Malaysia.
Walaupun serangan tersebut menelan masa lebih 24 jam, rangkaian tersebut kekal berstatus ‘online’.
DDoS merujuk kepada gangguan besar atau utama untuk melumpuhkan sesebuah laman web atau penyedia (server).
Susulan daripada itu, pengesah rangkaian berhadapan dengan kesulitan untuk memproses transaksi, menyebabkan transaksi kebanyakannya tertangguh sementara.
Sebagai rekod, ini bukanlah kali pertama Solana tersungkur gara-gara serangan tidak dijangka.
Pada September, rangkaian ini berhadapan dengan gangguan selama 17 jam yang berpunca daripada aktiviti botting besar-besaran untuk penawaran DEX permulaan (initial DEX offering, IDO) di platform DEX berasaskan Solana, Raydium.
Solana Foundation tidak memberi sebarang penjelasan setakat penulisan artikel. Tetapi CEO Veribit, Roy Murphy tidak berpuas hati dengan kecacatan ini.
Patutlah prestasi token natifnya, SOL tidak memberangsangkan dengan penyusutan 10% dari paras tertinggi harian, $196.74 pada 9 Disember kepada paras terendah harian, $177.22 pada hari ini.