Spike! Paras Tertinggi Sepanjang Masa, Emas Meroket Capai $2,140!

1,575

Tersenyum lebar pelabur emas hari ini selepas menyaksikan lonjakan pada harga logam kuning itu yang mencapai paras rekod tertinggi sepanjang masa (ATH) baharu pada $2,146.79 per auns.

Lonjakan pada pembukaan pasaran di pagi hari ini dipacu oleh jangkaan yang semakin meningkat bahawa Federal Reserve (Fed) akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada mesyuarat bulan ini dan mungkin mula menurunkannya pada tahun depan.

Pelabur juga mengabaikan kenyataan Pengerusi Fed Jerome Powell yang menolak kemungkinan untuk pemotongan kadar dengan mengatakannya masih terlalu awal atau ‘pramatang’.

Dengan menggandakan jangkaan, pelabur kini melihat peluang 60% bahawa Fed akan menurunkan kadar faedahnya pada Mac 2024 dan jangkaan 100% untuk pemotongan pada bulan Mei.

Terdahulu, laporan tinjauan ISM pembuatan Amerika Syarikat (AS) menunjukkan penguncupan ke-13 berturut-turut dalam aktiviti perkilangan manakala data perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) juga memaparkan kelembapan dalam pertumbuhan harga.

Ketika penulisan, logam kuning itu didagangkan menurun semula pada sekitar harga $2,085 per auns, berundur daripada paras ATH $2,146.79 per auns yang dicapai pada awal pembukaan sesi Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat