Stablecoin Kini Terikat Dengan Peraturan Pembayaran Tradisional?

231

‘Perkara ni sebenarnya ada 2 sisi, harapnya mana-mana pun ada beri kebaikan kepada semua pihak.’

Para pengawal selia global menegaskan bahawa stablecoin perlu mematuhi peraturan perlindungan yang sama seperti bentuk pembayaran tradisional lain.

Perkara ini telah diketengahkan badan global untuk pengawal selia sekuriti, IOSCO dan jawatankuasa Bank Penyelesaian Antarabangsa (BIS) dalam satu kenyataan pada Rabu mengenai pengawalan ke atas sektor kripto yang mudah terjejas.

Difahamkan bahawa rata-rata pengawal selia sebulat suara menerima pakai cadangan panduan yang dikemukakan kepada perundingan awam Oktober lalu.

Sebagai pencerahan, panduan tersebut menyatakan peraturan sektor pembayaran sedia ada harus diguna pakai kepada stablecoin dalam memastikan keteguhan dan kekuatan yang sama dalam semua aspek secara sistemik.

Ulas Pengerusi IOSCO dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pengawal selia sekuriti Hong Kong, Ashley Alder mengatakan panduan tersebut meliputi pengurusan risiko, tadbir urus dan piawaian ketelusan.

Ia juga disokong oleh Jon Cunliffe, pengerusi jawatankuasa BIS dan timbalan gabenor Bank of England (BOE) yang mengatakan ketidaktentuan pasaran kripto mendesak keperluan peraturan terhadap cryptoassets termasuk stablecoin.

Umum masih mengingati insiden keruntuhan TerraUSD pada awal tahun ini selain kes pemberi pinjaman kripto, Voyager Digital yang memfailkan muflis.

Situasi dikeruhkan lagi dengan nilai Bitcoin (BTC) yang merosot hampir 70% dari paras tertingginya $69,000 pada November.

Maka tidak hairan mengapa pengawal selia global giat mendapat kelulusan Lembaga Kestabilan Kewangan dan Kesatuan Eropah (EU) untuk meluluskan perundangan berkenaan kripto serta stablecoin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat