Status Serba Dinamik Turun Lagi, Juruaudit Nafikan Akaun Penyata?

2,487

‘Papan catur’ yang berselerak menanti ‘Checkmate’?

Serba Dinamik kini dikelas dengan status Practice Note 17 (PN17) selepas juruaudit luarnya menafikan pendapat mengenai penyata kewangan auditnya bagi tempoh 18 bulan berakhir 30 Jun 2021.

Menurut pemfailan bursa, syarikat itu dikatakan mempunyai 12 bulan untuk menyatakan keadaan kewangannya namun andai gagal mereka boleh dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia!

Dalam pemfailan berasingan, juruaudit luar Serba Dinamik, Nexia SSY PLT menyatakan antara faktor yang menghalang penyelesaiaan audit kumpulan tersebut adalah kerana ketiadaan laporan mengenai semakan bebas yang dijalankan oleh Ernst & Young Consulting Sdn Bhd (EY).

Selain itu, Nexia turut menyatakan mereka tidak dapat peroleh bukti audit yang mencukupi untuk menyediakan asas bagi pendapat audit ke atas Serba Dinamik.

Sementara itu, Serba Dinamik dilaporkan mensisih lebih daripada 10% antara keputusan kewangannya yang diaudit dan tidak diaudit bagi tempoh 18 bulan yang berakhir 30 Jun 2021.

Penyata kewangan tidak diaudit menunjukkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM758.83 juta berbanding kerugian lepas cukai sebanyak RM185.37 juta.

Menurut Serba Dinamik, penyelewengan tersebut disebabkan oleh kemerosotan nilai belum terima dagangan yang dibuat oleh anak syarikat kumpulan berjumlah RM395 dan disebabkan oleh penurunan inventori sebanyak RM552.6 juta yang disebabkan oleh gangguan dan penamatan beberapa projek yang dijalankan.

Saham Serba Dinamik digantung daripada dagangan 22 Oktober tahun lepas dan kali terakhir mereka didagangkan pada 35 sen sementara nilai pasaran pada RM3 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat